Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog semua............
Last week Ida ada tulis pasal Putu Piring kan? tapi tak ada resipinya. Ok sini Ida nak share resipi Putu Piring Asli Lembut dan sedap dengan sukatan cawan kegemaran ramai. Actually, tengah berjalan-jalan di blog sahabat-sahabat lain, Ida tertarik dengan resipi dari blog Cik Matahariku yang juga beliau ambil daripada blog Cik Bee. Penerangan yang detail, senang difahami. Apa yang bestnya, dia guna sukatan cawan tau. Jadi tak ada alasan nak skip. Tengok gembar je pun dah rasa terliurrr.....
Bahan-bahan
- 2 cawan tepung beras
- 3/4 sudu garam
- 150ml air panas
- 1/2 cawan kelapa parut (ambil yg putih sahaja dan gaul dengan 1/2 sudu teh garam)
- 1/2 cawan gula melaka,diparut
- 5-6 helai daun pandan
- kain muslin (kain putih jarang berukuran 6-8inci persegi)
- Daun pisang digunting 2 inci persegi
Cara- caranya:
Selamat mencuba kepada peminat putu piring ....😀👍👍
- Goreng tepung beras tanpa minyak selama lebih kurang 5 minit. Kemudian ayak dan biarkan sejuk.
- Campurkan garam dengan air panas beserta daun pandan. Rendam sebentar untuk mendapatakn bau pandan.
- Renjis-renjiskan pada tepung. Gaulkan supaya dapat hasil seperti serbuk roti. seeloknya gunakan air panas.
- Panaskan pengukus.Griskan acuan putu dgn sedikit minyak.Tabur sedikit tepung , kemudian sedikit gula merah. Tambah sedikit tepung lagi diatasnya.
- Letakkan kain muslin diatasnya dan telangkupkan acuan pada pengukus (elok guna pengukus khas.)
- Biarkan selama 3-4 minit dan angkat acuan.Biarkan putu dalam kain muslin selama kira-kira seminit lagi sebelum kain dan putu diangkat.
- Buka kain muslin dan letakkan sedikit kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Letakkan daun pisang di atasnya dan terbalikkan putu.
- Sedia untuk dihidang.
......dengan sukatan ini anda akan dapat menghasilkan lebih kurang 15 keping putu piring.......
0 Comments