Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog ini. Hari ini sekali lagi Ida nak share resipi sihat gitu sesuai untuk mereka yang nak kurangkan lelemak dibadan. Resipi ni juga sangat sesuai untuk anak-anak tau kerana ianya tidak pedas.
10 ketul ayam |
6 sudu makan kicap manis
1 sudu sos black papper
1/2 biji bawang besar Holland
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
4 biji tomato ceri
Kiub Pati ayam Maggi
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
Cara penyediaan Dan cara memasaknya:
Step A penyediaan
1. Rebus ayam sekejap, 10 minit. Ida suka rebus berbanding goreng. Taklah menyumbang kepada kolesterol kan.
2. Bawang merah, bawang putih dan halia....boleh blend kering kesemua sekali atau tumbuk guna lesung. Nak lagi mudah hiris atau potong dadu kesemuanya. Ha mudah ke tak mudah ? 😄😄
3. Hiris bawang holland secara memanjang dan biar dia lebar sedikit.
4. Kerat tomato kepada 4 atau 6 bahagian.
Step B Memasaknya
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Setelah naik bau atau sedikit garing. Masukkan kicap manis bersama sos black papper dan tambahkan sedikit air.
Kemudian gaul hingga rata.
3. Selepas agak-agak 2 ke 3 minit, masukkan ayamnya dan gaul lagi sehingga betul-betul sebati.
4. Setelah itu, tambahkan air .....ikut suka banyak mana, nak kuah pekat atau nak cair sedikit.
5. Bila dah kelihatan mesra ayam dan kuahnya atau mudah nak faham...dah mendidih, masukkan buah tomato dan bawang holland tadi..😄
6. Gaul rata dan bolehlah masukkan pula kiub pati ayam Maggi dan garam. 😅 masukkan pula buah tomato dan air asam jawa. Caranya mudah je, cucuk dengan garpu kacang bendi tu, kalau dah lembut, dah masaklah tandanya tu 😍
7. 😅 ok selepas itu gaul rata dan sambung masak lagi sehingga ianya dah betul-betul masak dan bolehlah padamkan api.
8. Ha jangan lupa untuk rasa sekali lagi pastikan dah sedap ditekak dan dihati, oklah tu.. 😍
.....ok gaisss selamat mencuba dan nikmati keenakkannya....
0 Comments