Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Masih lagi dalam PKP, semalam buat Roti sesej roll.  Makan sebahagian semalam dan sebahagian lagi simpan frozen.  Resepi sangat senang omputih cakap simple.  Cuma bahan mahal sikitlah....tak mahal banyak, mahal sikit je 😊.  Ida buat lebih sebab nak frozen tambahan pula anak memang suka makan, so nak tahu cara masak Roti Sosej Roll jom tengok resepi ni.

eda kitchen, eda nursuri, ida nursuri, Breakfast & Tea break Idea, Kuih Muih, roti sosej roll
Roti Sosej Roll enak dimakan selalu
Bahan-bahannya

2 pek roti  (lebih kurang 17 slice sepek)....roti apa-apa jenama pun, janji yang serupa roti gardenia (slice, square) 
3 pek sosej (30 biji)
3 biji telur
250 gm bread crumb...Ida beli di kedai kek so dapatlah pek kecil.  
Sedikit tepung jagung yang dicairkan (campur air sedikit) untuk dijadikan pelekat roti.
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1.  Sosej di stim/kukus dalam 10 minit.

2.  Roti di roll / gelek 30 keping.  Tipiskan.  Tujuan untuk buang rongga roti supaya bila digoreng taklah roti serap semua minyak tu.

3.  Ambil 1 roti yang telah digelek nipis tadi dan gulungkan sosej (yang telah dikukus tadi) di dalamnya kemas-kemas.

4. Gamkan tepi/hujung gulungan roti dengan tepung jagung yang dibancuh tadi supaya tak terbuka semasa menggoreng.  Buat sehingga habis roti dan sosej.

5.  Pecahkan telur ke dalam bekas lepar (supaya mudah nak roll roti dalam telur) dan kocak rata sambil campurkan garan dan lebihan bancuhan tepung jagung tadi jika ada (supaya tak membazir).

4.  Celup gulungan roti tadi dalam bancuhan telur cepat-cepat hingga rata, kemudian golek-golekkan dalam bread crumb biar keseluruhan bersalut bread crumb.  Habiskan kesemuanya.  Siap 😊

Penyediaan

🥓  Boleh simpan dalam peti sejuk untuk difrozenkan.  Anytime boleh goreng.  

Atau

🥓  Panaskan minyak dalam kuali untuk deep fry. Bolehlah goreng sosej roll sehingga kekuningan menggunakan api yang sederhana. Angkat dan tos.

🥓  Boleh dimakan begitu saja atau cicah dengan cili sos yang digemari.

Selamat mencuba ....