Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Sebenarnya masalah nasi cepat basi ni bukanlah masalah baru dan Ida rasa pasti ramai mengalami benda yang sama.  Sehingga ada satu ketika tu malas dan takut nak masak nasi.  Asal masak nasi selalu basi, walau pun dah masak sedikit.  Tapi baru-baru ni Ida ada terbaca post seseorang di facebook mengenai Petua Masak Nasi Supaya Tahan Sampai 2 Hari.

Ada orang cakap nak masak nasi ni mudah je, budak sekolah rendah pun tahu.  Bagi Ida tak juga semua tahu kerana yang tahu tu kena juga belajar teknik manual iaitu ukur paras beras dengan air kan? so tak juga mudah.  Tapi untuk belajar supaya tak cepat basi, tu yang kena belajar dan cari tipsnya.

Bagi yang malas nak masak banyak kali sesuai amalkan tips ni. Masak waktu pagi, sampai ke esok pun masih boleh dimakan.  Dengan 7 tips masak nasi ini, boleh menghindari nasi yang dimasak dari cepat basi.

Apapun, mulakan dulu dengan Bismillah ya … Berikut adalah tips masak nasi yang boleh diamalkan agar tahan lebih lama.

eda kitchen, eda nursuri, ida nursuri, tips memasak nasi tidak cepat basi
                         Gambar Hiasan

1) BASUH HINGGA BERSIH

Beberapa orang kata, jangan cuci nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan hilang. Namun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.

Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras keluar sepenuhnya sebelum mencuci lagi buat kali kedua atau ketiga. Selain itu, anda juga boleh membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis air jika ada di rumah.

2) PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH

Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamnya, mungkin ada bahagian yang masih kotor atau kesan wap nasi.

Ini dapat mempengaruhi fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda. Jadi, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.

3) PERAHKAN LIMAU NIPIS

Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang sudah dicuci dan diukur dengan air. Jangan risau, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini. Bahkan, ia membuat nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.

4) HILANGKAN WAP NASI SETELAH DIMASAK

Bila nasi sudah masak jangan lupa buka penutupnya sebaik saja tombol ‘cook’ berubah menjadi ‘warm’.  Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar dari periuk nasi.  Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab.

Sebelum menutup kembali nasi tadi, lap penutupnya dengan kain bersih. Cara masak nasi ini bukan saja menjadi tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok.  Pastikan anda mencabut plug socket ‘rice cooker’ jika nasi sudah masak.

5) MASUKKAN SEDIKIT GARAM

Setelah mencuci beras dan menyukat air, masukkan sedikit garam ke dalam periuk nasi tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang dimasak lebih tahan lama, lemak dan kenyal.

6) PANASKAN PERIUK NASI ATAS API

Kadang-kadang kita lupa ada nasi dalam periuk nasi sebelum balik kampung. Maka, nasi pun rosak, berulat dan berair.  Meskipun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi itu.  Untuk mengatasinya, telengkupkan periuk nasi atas api.

Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus membuat nasi yang dimasak tahan lebih lama.  Tips ini memang efektif dan nasi yang dimasak takkan basi meskipun dah 2 hari.

7) MASAK AIR DALAM PERIUK NASI

Cara ini mungkin memiliki fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas. Isi air di dalam periuk nasi sampai penuh. Kemudian, masak sehingga air mendidih.  Boleh masukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.

Proses ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi.  Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.

Inilah beberapa petua masak nasi yang dapat anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Kepada anda yang malas nak masak banyak kali, selesai masalahnya.  Tak masukkan dalam peti sejuk pun tiada masalah. Namun harus diingat, ia juga tergantung pada faktor lain seperti suhu lingkungan, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan. Semuanya memainkan peranan

Semoga perkongsian ini manfaat