Mata masih lagi tak nak lelap malah segar lagi. Bila otak ni aktif dan tangan pula ligat menari diatas keyboard....dah tak boleh nak buat apa dah, turutkan je. Mungkin sebab faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kot. Terlebih rest tu tidak juga sebab lagi parah rasanya kena hari-hari menghadap anak-anak yang hampir kesemuanya hyper....walau hakikatnya 2 orang anak lelaki yang bermasalah Autism dan Dyslexia. Ada ketikanya boleh dikawal dan ada ketikanya memang tak boleh kawal. Oklah dah alang-alang susah nak tidur ni, Ida nak share resepi Apam Kampung yang hakikatnya dah lama buat. Nasib baik gambarnya tidak bersarang dalam telefon.
Resepi Apam Kampung
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 1/2 cawan air
1/2 cawan air suam (untuk larutkan yis)
1/2 paket yis kering
1 sudu kecil gula (untuk yis)
Kelapa parut + garam
Cara-cara:
Larutkan yis dalam 1/2 cawan air suam.. Tambah 1 sudu kecil gula. Tutup dan tunggu sampai yis kembang dan berbuih-buih ( maksudnya yis dalam keadaan baik).
Masukkan tepung gandum dalam 1 bekas besar.. Campurkan air, gula & yis tadi... Kacau menggunakan hand whisker supaya tepung tak berketul2... tak perlu blender.
Peram selama lebih kurang 3 jam.
Panaskan kukusan. Tunggu air betul-betul mendidih
Oles loyang dengan sedikit minyak... Tuang adunan dalam loyang dan kemudian kukus 25-30minit dengan api besar..atau kukus selama 5 - 10 minit jika menggunakan acuan kecil-kecil.
Kelapa parut dicampur dengan sedikit garam... kukuskan sekejap supaya kelapa tak cepat basi dan garam boleh rata
Kuih dah masak boleh potong atau keluarkan je dari acuan. Gaul dengan kelapa parut... Sedap makan suam2 😊😊

selamat mencuba ........
0 Comments