Sebenarnya tiadalah special sangat menu yang Ida nak share petang ni....hanyalah Bubur Manis nasi kuning bercampur kerak lebihan dari membuat menu nasi kuning bersama Ayan Masak Kurma kemarin. Bukan apa saja nak pelbagaikan menu masa PKP ni. Walau apa pun, bagi Ida ni menu yang sangat rare dan special. Biasanya Bubur Manis Nasi Kuning ni akan dapat dirasai ketika ada kenduri kendara keluarga dan mereka memasak nasi kuning.....so confirmlah ada nasi sedikit bersama keraknya. Nak buang sayang sedangkan masih boleh dinikmati keenakkannya dengan cara lain. Rasa nasi kuning yang lemak manis dinikmati apabila arwah mama yang memasaknya sangat sedap. Al fatihah buat arwah mama. Semoga arwah mama dan arwah bapa ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amiin ....
Ok untuk membuat bubur ni taklah susah sangat. Berbeza dari bubur lain, kerana ianya hanya dapat dinikmati jika ada nasi kuning. Tapi sebenarnya boleh je buat jika teringin makan. Buat nasi kuning 😂 ataupun boleh je terus buat bubur manis nasi kuning.
Resepi bubur manis nasi kuning ni tak ada sukatan khusus ya....just agak-agak 😂
Bahan-bahan :
~ Nasi kuning
~ Air secukupnya
~ Gula
~ Santan kotak (jika perlu)
Cara-caranya:
1. Nasi kuning hancur-hancurkan atau genburkan. Masukkan dalam periuk nasi terus. Tetapi jika nasi sudah bermalam digalakkan untuk nencucinya terlebih dahulu dan barulah masukkan ke dalan periuk nasi.
2. Selepas itu, campurkan air, gula, santan dan tanak. Tanak sehingga betul-betul lembut. Boleh tambah air jika perlu.
Ok dah siap.
.....bagi Ida jika nasi kuning tu dimasak menggunakan santan, maka tak perlu lagi menambah santan. Tapi jika tiada santan, kenalah tambahkan santan dan sedikit garam untuk membuatkan bubur anda rasa manis berlemak. 😋
0 Comments