Selamat malam ya....baru ada masa nak post bubur candil ni. Ok nak cerita sikit, sebenarnya, sebelum Ida beli dan bercadang nak buat bubur candil ni, Secara kronologinya Ida tak pernah terlihat atau mengambil tahu akan wujudnya bubur candil ni. Oiii...ni dah tahun 2020, macam tipu pulakan? secara jujur memang Ida tak pernah dengar perkataan bubur candil. Walaupun hakikatnya Ida ni sejenis peminat bubur bersantan ni, terutamanya bubur kacang hijau dengan sagu. Dan lebih menyeramkan bila Ida dan 3 orang anak je yang makan, kadang tu Ida yang kena habiskan 1 periuk tau sebabnya en suami tak berapa makan bubur. Kalau pun dia makan, mungkin hanya dua ke tiga sudu sahaja.
Ok kita sambung kronologi tadi ye....ya, Sebab tak pernah search kot. Sebenarnya Ida taip je resipi Keledek Ungu ....so keluarlah segala makanan yang menggunakan keledek ungu ni. Dan satu lagi apa yang kelekar, ni first time Ida beli dan makan keledek ungu. Ceritanya, masa nikan PKP, Perintah Kawalan Pergerakkan dek wabak covid 19, so banyak kedai dan pasar terpaksa menghentikan operasi buat sementara waktu. Pada masa yang sama pula, group-group dalam whatsapp dan facebook sedang rancak membuat jualan secara online. Maka termasuklah group whatsapp Taman Bunga Raya tempat tinggal Ida sekarang. Banyak offer hari-hari, full whatsapp...tetapi Ida tertarik sangat dengan offer Keladi Ungu...maka Ida pun belilah 3 kilo Rm 10. Kira murahlah kan?. So lepas je terima daripada seller, dengan semangatnya ambillah 3 biji dan terus pergi rebus. Siap rebus, tunggu sejuk sekejap dan makan. Speechless...firsttime makan kot, rasa kurang manis dan sudah tentu kurang sedap. Ingatkan rasa dia macam keledek oren tu. emmm ok tak apa, maka dari situlah mula mencari resipi yang menggunakan keledek ungu sebagai bahan utama. Macam cakap tadi, Ida ni memang peminat bubur, so Ida tertarik sangat dengan bubur candil ni,
Jom lihat resipinya dan buat. Sangat mudah, janji semua bahan ada di rumah 😊
Bahan-Bahan:
🍠 1 cawan tepung pulut
🍠 1 cawan keledek ungu siap lecek halus
🍠 1/2 cawan sagu biji
🍠 1/2 cawan air (jika perlu dan tuang sikit-sikit ketika menguli doh)
🍠 Air secukupnya untuk merebus bubur candil
Bahan Untuk Kuah:
🍠 1 cawan santan pekat/ 1 kotak kecil santan kara
🍠 1 cawan air
🍠 1/2 cwn gula pasir
🍠 1 cawan tepung pulut
🍠 1 cawan keledek ungu siap lecek halus
🍠 1/2 cawan sagu biji
🍠 1/2 cawan air (jika perlu dan tuang sikit-sikit ketika menguli doh)
🍠 Air secukupnya untuk merebus bubur candil
Bahan Untuk Kuah:
🍠 1 cawan santan pekat/ 1 kotak kecil santan kara
🍠 1 cawan air
🍠 1/2 cwn gula pasir
🍠 Sedikit garam
🍠 2 helai daun pandan- di simpul
Cara-Cara
Langkah 1 : Bebola Candil
🍠 2 helai daun pandan- di simpul
Cara-Cara
Langkah 1 : Bebola Candil
1. Rebus keledek sehingga empuk.
2. Keledek yang telah di rebus, di toskan dan di lecek halus. Biarkan sejuk dan ketepikan dulu.
Masukkan keledek yang telah di lecek tadi bersama tepung pulut dan uli hingga menjadi doh, tambah air jika perlu. Tuangkan sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang diingini.
3. Mulakan proses menggentel menjadi bulat-bulat kecil yang comel. Buat semua doh sehingga habis.
4. Didihkan air dan masakkan sagu tadi sehingga putih, setelah kembang, angkat dan siramkan di bawah air paip dan tapiskan. Ketepikan.
5. Sementara itu dalam periuk yang lain, didihkan air (guna periuk yang sama pun tak apa...jangan masak bersama sagu). Bila air dah mendidih, masukkan semua bebola candil tadi. Apabila dah timbul bebola tu, bolehlah angkat dan tapiskan.
Langkah 2: Kuah
1. Di dalam periuk, masukkan air, gula, garam dan daun pandan. gaul sedikit sehingga gula dan garam larut. Apabila air sudah mendidih, dengan api kecil, bolehlah masukkan santan pula, gaul lagi hingga rata....jangan sampai pecah minyak, tak cantik bubur seperti berminyak.
2. Masukkan bebola candil bersama sagu biji tadi. Gaul hingga rata dan bolehlah tutup api.
Makan waktu sejuk pun sedap tau ...
Tips warna dia tu, boleh tambah pewarna merah dengan kadar yang sangat sedikit untuk mencantikkan warna ungunya.
Selamat mencuba ....
#edakitchen #buburcandil #keledekungu
0 Comments