Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Ida share resepi ayam masak kurma simple. Bahan-bahan nampak banyak tapi sebenarnya sedikit je tu 😁
Resepi Ayam Masak Kurma
Bahan-bahan:
🍗 Ayam separuh potong kecil...ikut sukalah nak besar mana
🍗 1 paket kecil rempah kurma
🍗 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga)
🍗 1 biji buah keras
🍗 1 paket kecil kerisi
🍗 1 sudu makan cili giling/boh
🍗 1 biji bawang holland hiris besar
🍗 1 biji bawang merah besar
🍗 3 ulas bawang putih
🍗 1/2 inci halia
🍗 2 biji kentang potong 4
🍗 1 biji tomato belah dua (jika ada)
🍗 2 sudu makan minyak untuk menumis
🍗 Air secukupnya
🍗 Garam
🍗 Gula
Cara-caranya:
🔪 Buah keras tumbuk sekali...hancur kasar.
🔪 Bawang merah, bawang putih dan halia tumbuk lumat.
....yang lain dah tulis kat bahan-bahan....
🍲 Panaskan minyak dan masukkan 4 sekawan. Biarkan seketika 1 ke 2 minit.
🍲 Masukkan dan tumis bahan tumbuk (bawang merah, putih dan halia)
🍲 Masukkan sedikit air, serbuk kurma dan cili giling/boh. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan ayam dan kentang, tutup periuk. Biar empuk dalam 15 minit...masa ni boleh tambah air banyak.
🍲 Masukkan buah keras, bawang holland dan biar mendidih. Perasakan dengan garam dan gula.
🍲 Masukkan tomato. Gaul hingga kuah agak kepekatan barulah masukkan kerisik.
🍲 Kacau perlahan sampai betul-betul masak dan empuk. Siap!
Sungguh enak dimakan bersama dengan nasi panas
Selamat mencuba 😄😄
0 Comments