Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....semoga bahagia dan gembira selalu.  

Sebenarnya Resepi Tortilla Chicken Wrap ni baru buat semalam.  Lama dah dok simpan resepi berangan buat sendiri....Alhamdulillah dapat jua jayakan misi semalam.  Jadikan ia sebagai makan malam.  Maknanya diet lagi, dah tak makan nasi 🥰.  Ha kisahnya, beli tortilla ni dari kilang tau....bukan calang-calang.  25.2.2020 anak di sekolah buat lawatan ke kilang Gardenia di Shah Alam, sebab anak dari kelas PPKI tambah-tambah lagi nak kena ada ibu atau bapa yang jaga, so Ida tumpanglah sekaki join.  Yang bestnya boleh beli dengan harga discount...harga kilanglah tu untuk rombongan pelawat sekolah.  


Oklah jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan

1. Roti tortilla (Mission Wrap) 
2. Isi ayam (Bahagian dada, potong nipis dan memanjang.
3. Salad
4. Tomato
5. Lobak (Hiris halus-halus) 
6. Timun (Hiris halus-halus) 
7. Sos cili
8. Mayonis 
9. Sos thousand island

Caranya mudah saja 😋

Langkah 1 : 

1.  Cuci bersih ayam yang sudah dihiris tadi, celup ke dalam bancuhan telur dan kemudian salut dengan tepung goreng ayam...tak kisah tepung kentucky ke, tepung aroma ke atau tepung bistari ke ...boleh je.  Tapi salut tepung kering tau...jangan basahkan tepung tu.

2.  Selepas salut boleh goreng isi ayam tu sehingga masak.  Setelah masak, angkat dan toskan.

Langkah 2:

1. Roti mission Wrap dibakar dalam oven 2-3 minit....tak kisah pakai yang plain ke atau bawang ke.  

2. Sapu rata mayonis atas roti wrap dan letak bahan-bahan mengikut susunan salad, ayam, lobak, timun, sos cili dan sos thousand island atau mayonaise.

4. Last sekali gulung roti dan siap.



Selamat mencuba 😊😊