Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Resepi sandwich ni Ida sudah olah sendiri...memang sedap.  Ida buat 2 layer sahaja.


Resepi untuk 1 bundle roti gardenia yg besar ye

Bahan-bahan: 
4 biji telur direbus dan dilecek
2 sudu makan tuna light with mayonaise
2 sudu makan mayonaise
1 sudu teh lada sulah ajishio
Sedikit mentega

Cara:
1. Campur semua sekali dan gaul sebati.

Bahan sampingan:
Tomato dipotong bulat dan buang bijinya
Salad (Ikut suka nak guna salad pokok atau salad biji@bulat)

Cara melapis:
1.  Sapu roti dengan mentega.
2.  Ambik sekeping roti, letakkan daun salad.
3.  Letakkan sesudu bumbu bancuhan telur.
4.  Letakkan sehiris tomato diatas bancuhan telur
5.  Last sekali letakkan sekeping roti lagi.
6.  Buang/hiris sedikit disetiap tepi sisi roti supaya kelihatan kemas.
7.  Potong serong 4. Siap.

Selamat mencuba korang. 

Semoga sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan. Boleh jual kat rakan kat opis, kat jiran-jiran. Kalau rajin memang boleh buat duit. 😘😘