Assalamualaikum dan salam sejahtera....🌻🌻🌻

Ida nak share resepi kuih seri muka yang Ida dah olah sebenarnya. Ida olah agar sesuai dimakan oleh penghidap diabetes. Bukan apa sebenarnya suami Ida adalah penghidap diabetes, jadi apa sahaja resepi yang Ida buat pastinya Ida akan sesuaikan dengan citarasa Ida, suami dan anak-anak. Alhamdulillah mereka sangat suka, sekejap je nak menghabiskan satu loyang tu 😄😄. Ida pun sebenarnya kurang gemar memakan makanan yang manis-manis.

Tetapi jika teringin mencuba resepi asal yang Ida pernah cuba buat boleh klik disini resepi kuih seri muka sukatan cawan atau disini kuih seri muka loyang/acuan 7 x 7 inci yang juga sangat mudah.


Oklah, takyah buang masa...jom cuba buat resepinya.

Resepi kuih seri muka dan caranya :

Bahagian bawah....

🥥 2 cawan pulut
🥥 1 1/2 cawan santan  
🥥 Secubit garam


Caranya :

1. Cuci pulut, toskan masukkan santan & garam. Gaul dan rendam 1 atau 2 jam.

2. Selepas itu, cek semula airnya, pastikan air separas beras pulut tersebut dan barulah kukus dalam talam 7 x7 inci selama 25 minit. Bila sudah masak penyek/tekan pulut supaya padat sambil meratakannya. Setelah rata, masukkan adunan bahagian atas. Resepi dan caranya kat bawah 👇


Bahagian atas..

🥥 1 cawan tepung gandum
🥥 1 sudu besar tepung jagung
🥥 3/4 cawan gula pasir
🥥 1 1/2 cawan santan 
🥥 1/2 cawan air pandan (kisar daun pandan - kisarlah banyak mana air pun, ambil 1/2 cawan je 😅)
🥥 1 biji telur
🥥 Secubit garam


Caranya:

1. Masukkn semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blender dan mix atau blend bagi adunan halus...tak ada ketulan.

2. Kalau rasanya ada ketulan, silalah tapis dan kemudian masukkan kedalam pulut yang telah dipadatkan tadi..

3. Kukus 30 minit..siap,


Tips :

🌹. Untuk saiz acuan/loyang 7 x 7 inci square (segiempat), Ida guna cawan 200 ml (cawan kopi bertangkai/cawan indocafee kaca). Walau bagaimanapun, boleh je guna apa-apa cawan, asalkan sukatan guna cawan yang sama. Bergantung pada saiz loyang/acuan.

🌹. Supaya jimat masa, ketika mengukus pulut bolehlah buat / blend bahagian atas.

🌹. Jangan lupa balut penutup kukusan dengan kain supaya air tidak menitis dan bertakung/merosakkan kuih seri muka....kang jadinya tak berseri pula.

🌹. Kalau ada air bertakung diatas kuih setelah masak, biarkan kuih 5 ke 10 minit didalam kukusan tanpa tutup api ye....tuk keringkan/sejatkan airnya.

🌹. Lepas sudah keluarkan dari pengukus, biarkan sejuk barulah potong.....sedap kalau buat malam dan makan waktu sarapan. Buat kudapan pun sedap 😋😋

🌷🌷🌷 selamat mencuba.....