Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Ha, pukul 11 malam jua baru nak share kan.  Yelah...siang-siang sibuk dengan tugas hakiki sebagai surirumah.  Mana lagi nak masak,  rumah,  urus anak dan pelbagai lagi nak diuruskan.  Takpelah janji ada jua resipi nak dicelok balik, kot-kot takut terlupa.  So  jom layan resipinya.

Resipi Muffin Coklat Chip 🧁🧁

Bahan-bahan:

🧁  2 1/2 cawan tepung gandum
🧁  1/2 cawan serbuk koko 
🧁  1 1/2 cawan gula perang 
🧁  2 sk baking powder
🧁  1 sk soda bikarbonat
🧁  1 sk garam 
🧁  2 cawan fresh milk 
🧁  2 biji telur (pukul sikit)
🧁  2/3 cawan minyak @ butter yang dicairkan
🧁  1 sk esen vanila 
🧁  Choc chips secukupnya

Cara-cara:

1. Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.

2. Dalam bekas lain, campurkan susu, telur, esen vanila dan minyak. Kacau rata, masukkan campuran tepung tadi, kacau rata, masukkan choc chips.

3. Sudukan ke dalam muffin cup dan tabur sedikit coklat cip diatasnye dan bakar suhu 170 api atas bawah, ikut oven masing-masing selama 20 minit @ hingga masak.

Tipsnya untuk memastikan kejadian muffin yang gebu dan moist pastikan kacau campuran bahan kering dan basah hanya sebentar sekadar rata jek menggunakan senduk kayu (kalau kacau lama ia akan manyebabkan hasil muffin yang kering dan keras) isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cup muffin semasa membakar untuk menghasilkan muffin yang kembang dan gebu.

Ok selamat mencuba 🧁