Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....good morning 😊

Pagi ni tanpa bertangguh, Ida nak share jua resepi sosej roll bakar ni.  Bukan apa dah selalu bertangguh, akhirnya banyak yang jadi draft post 😏.  Ceritanya anak bujang request lagi sosej roll untuk breakfast pagi ni sebab semalam dah buat katanya sedap.  Turutkan jelah. 


Roti Sosej Roll

500 g tepung gandum
1 biji telur
1/2 peket  (11 g punya peket) @ 2 sudu makan mauripan
1/4 cawan gula 
3 sudu tepung susu (Ida guna tepung fernleaf)
2 sudu besar marjerin
1 sudu kecil bread improver
1 sudu kecil serbuk penaik
1 paket sosej
Air secukupnya
Sebijik kuning telur (untuk sapu atas roti sebelum bakar)
Sedikit margerin

Cara-caranya:

Cara 1:

🌭  Campurkan gula + telur + mauripan dan tambah air.  Guna air suam kuku, jadikan 250-300ml semua sekali. Biarkan selama 10 minit ..sehingga kembang.  Kalau boleh gunakan bekas macam jug yang ada ukuran.

Cara 2:

🌭   Satukan bahan-bahan kering (tepung, bread improver dan serbuk penaik.  Gaul rata atau lagi bagus kalau ayak. 

🌭  Masukkan bahan cara 1 ke dalam tepung.  Gaul sehingga sebati, melekat ditangan tak apa.  Elok jika ada mixer yang boleh mix doh.  So pakai mixer je. 

🌭   Masa ni boleh masukkan marjerin, dan uli lagi hingga lembut, licin dan elastik.. 

🌭   Biarkan doh selama 1 jam hingga naik sekali ganda..kalau boleh tutup setelah diuli sebati untuk menggelakkan daripada kering dipermukaan adunan.

🌭   Bila adunan sudah naik, uli dan tumbuk doh untuk keluarkn angin yang terperangkap semasa proses pengembangan.

🌭   Buat doh saiz kecil-kecil, ikut suka saiz yang anda inginkan, rollkan panjang-panjang dan lilit pada sosej.

🌭   Selepas roll kan letak atas loyang pembakar, restkan sekejap dalam 10 minit, doh akan kembang lagi....bukan dalam oven ye.


🌭   Sapukan dengan kuning telur atas roti sebelum masuk oven.

🌭   Panaskn oven pada suhu 200c selama 10 minit. Setelah panas, turunkan suhu kepada 170 dan bakar roti dalam masa 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing.  Kepanasan oven berbeza-beza.  Antara faktornya ialah usia oven tu sendiri ye.

🌭  Setelah masak ....masih dalam keadaan panas, sapukan lagi dengan margerin/planta.  Bagi dia flawless ...kilat-kilat gitu.


Selamat mencuba 💪💪