Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Salam sahur 2 Ramadhan....Ida nak share resepi ringkas telur Bistik.  Maklumlah kekadang ada orang yang tak sempat masak atau nak cepat.  So resepi ni memang sangat sesuai.  Ida suka resepi macam ni sebenarnya sebab ia dah diketogerikan sebagai 2 in 1....means ada lauk dan ada sayur.  Emmm...serba ringkaskan.  Jomm cuba.....

resipi simple telur bistik siap dimasak dan siap untuk dimakan

Resepi Simple Telur Bistik

Bahan-bahan:

🥚  4 biji telur
🥚  1 mangkuk kecil isi ayam cincang/minced
🥚  1/2 biji bawang holland – hiris
🥚  1 biji bawang merah kecil – cincang halus
🥚  2 ulas bawang putih – cincang halus
🥚  3 sudu besar sos tomato
🥚  3 sudu besar sos cili
🥚  1 sudu besar sos tiram - jika ada
🥚  Sayur campur (mix vege) @ lobak merah dan kacang panjang – potong dadu
🥚  Gula dan garam secukupnya

Cara-cara menyediakannya:

🍛  Pukul telur bersama bawang yang dihiris dan sedikit isi ayam (tinggalkan sedikit ayam untuk masak kuah).

🍛  Tambahkan sedikit garam.

🍛  Goreng telur sehingga garing.  Angkat dan letak di dalam pinggan besar.

🍛  Tumiskan bawang merah kecil dan bawang putih yang dicincang halus sehingga naik bau.

🍛  Masukkan isi ayam. Gaul sebentar sehingga ayam masak.

🍛  Masukkan pula kesemua sos. Tambah sedikit air kalau nak lebih kuah.

🍛  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

🍛  Masukkan sayur campuran. Kacau sebentar. Sayur jangan terlalu layu.

🍛  Setelah kuah masak, tuangkan kuah ke atas telur yang di goreng tadi.

Resipi simple telur bistik, dihidang dalam piring kaca, dengan campuran sayur campur, jagung, kacang peas, lobak dipotong kiub, isi ayam, bawang dan sos chili, serta kiub ayam maggi.

Siap dah.. Hidangkan semasa panas. Dah tak perlu lauk lain .

Selamat mencuba 😋