Emmm...dari mana nak mula ye...mmmm...ok sebenarnya Ida nak share resipi Udang Buttermilk Bersarang. Menu ni sebenarnya Ida masak subuh tadi untuk bersahur. Ida memang jenis yang fresh gitu...nak makan baru masak. Tapi adalah 'gape' masa dia dalam 2 ke 3 jam sebelum masak. Kitaorang di semenanjug ..Selangor ni lebih kurang pukul 6 pagi baru masuk waktu subuh...so masaklah dalam jam 3 lebih-lebih. Kadang kan lucu jua sebab suami selalu menyakat dengan habit Ida...orang lapar baru nak ketang ketung 😁 katanya....emm apa-apa jelah.
Oklah kita sambung cerita Udang tadi, sebenarnya selalu je nampak udang butter ni masa di Sabah, malah ianya antara menu pilihan kalau nak makan di pasar-pasar malam di Kota Kinabalu. Ya...Udang buttermilk tidak asing bagi orang sabah, tambahan lagi makanan laut di sabah adalah antara yang termurah. But, ni first time Ida buat tau, Alhamdulillah menjadi dengan sedapnya. So kalau nak tahu cara masak Udang Goreng Buttermilk jom tengok apa resipi dan cara membuatnya.
Resipi Udang Goreng Buttermilk Bersarang
Bahan-bahan Udang Goreng Buttermilk 🦐🦐🦐:
Langkah 1: Bahan Sarang Telur:
Cara-cara membuatnya:
Panaskan butter dan minyak sehingga betul-betul panas.
Pusing-pusingkan minyak yang telah panas tadi dengan menggunakan senduk bulat atau chopstick.
Pukul telur 3 biji tu sedikit dan tuang telur dengan tinggi supaya telur turun halus. Tuang sambil terus pusing-pusingkan minyak dengan laju menggunakan sudu bulat bawahnya....dia memang akan berbuih banyak tau, tapi tak apa terus saja pusing-pusingkan.
Biarkan telur garing seketika dan angkat ke dalam tapis untuk toskan minyaknya. Ketepikan.
Langkah 2: Bahan Udang:
Perapkan udang dengan serbuk kari, tepung jagung dan sedikit garam.
Goreng sebentar dan ketepikan.
Panaskan butter dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan daun kari dan cili padi, goreng sehingga sedikit garing.
Masukkan susu cair dan biarkan mendidih iaitu agak berbuih dan sedikit memekat...sekejap saja tau.
Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Sudah gaul rata, boleh tutup api.
Hidangkan udang di dalam mangkuk dan taburkan dengan sarang telur tadi. (boleh juga campuran sekali sarang telur di dalam kuali semasa memasak).
Langkah 1: Bahan Sarang Telur:
- 3 biji kuning telur
- 1 cawan minyak masak
- 1 senduk nasi butter
Cara-cara membuatnya:
Panaskan butter dan minyak sehingga betul-betul panas.
Pusing-pusingkan minyak yang telah panas tadi dengan menggunakan senduk bulat atau chopstick.
Pukul telur 3 biji tu sedikit dan tuang telur dengan tinggi supaya telur turun halus. Tuang sambil terus pusing-pusingkan minyak dengan laju menggunakan sudu bulat bawahnya....dia memang akan berbuih banyak tau, tapi tak apa terus saja pusing-pusingkan.
Biarkan telur garing seketika dan angkat ke dalam tapis untuk toskan minyaknya. Ketepikan.
Langkah 2: Bahan Udang:
- 300g udang
- 2 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu makan tepung jagung
- 2 sudu makan butter
- 3 ulas bawang putih
- 3 tangkai daun kari
- 3 biji cili padi
- 1/2 cawan susu cair (lebihkan jika mahu kuah banyak)
- Garam secukupnya
- Serbuk lada hitam secukupnya
Perapkan udang dengan serbuk kari, tepung jagung dan sedikit garam.
Goreng sebentar dan ketepikan.
Panaskan butter dan tumis bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan daun kari dan cili padi, goreng sehingga sedikit garing.
Masukkan susu cair dan biarkan mendidih iaitu agak berbuih dan sedikit memekat...sekejap saja tau.
Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
Masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Sudah gaul rata, boleh tutup api.
Hidangkan udang di dalam mangkuk dan taburkan dengan sarang telur tadi. (boleh juga campuran sekali sarang telur di dalam kuali semasa memasak).
- Boleh letak telur dalam plastik dan buat lubang yang kecil ataupun letak dalam acuan roti jala untuk lebih senang menuang ke dalam kuali dengan lebih halus.
- Sentiasa kacau minyak secara membulat semasa menuang telur ke dalam minyak.
- Jangan goreng udang terlalu lama untuk mengelakkan udang keras.
Selamat mencuba...🌼🌼🌼
0 Comments