Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Bismillah....selamat berpuasa semua bagi yang beragama Islam.  Bulan Ramadhan sebenarnya sudah sinonim dengan bazar.  Orang bilang bila Ramadhan tiba Bazar wajib ada.  Malangnya, ni tahun yang sangat unik kerana tiada bazar ramadhan.  Malah semua aktiviti lain juga tiada termasuklah tarawih dan sebagainya.  Dek wabak corona virus covid 19 yang menyerang seluruh dunia.  Ha...bukan sahaja Malaysia tau, seluruh dunia terkesan.  Oklah pendek cerita tak ada bazar, jadi apakata kita buat sendiri jamuan untuk iftar petang nanti.  Sini Ida nak share resipi yang sentiasa mendapat sambutan hangat dikalangan peminatnya iaitu Resipi Popia Mushroom Creamy.  Nak buat frozen pun boleh, buat banyak-banyak pastu frozenkan.  Esok-esok nak makan, tinggal goreng jerr.

Resipi Popia Mushroom Creamy

Bahan-bahannya:

📌 1 paket kulit popia saiz 7"x7"
📌 200 gram isi ayam nak ayam dia lebih boleh je 400 gm (jenama Ramly lebih mudah dan halal)
📌 200 gram vegemix
📌 1 paket sosej (10 batang, potong dadu)
📌 1 labu bawang holland  (potong dadu)
📌 5 ulas bawang putih (hiris halus)
📌 1 tin mushroom bulat (potong dadu)
📌 1 tin mushroom creamy....ida guna Chambell produk
📌 1 kiub ayam maggi
📌 Sedikit garam dan lada sulah. (White pepper) @ lada hitam (blend sendiri lagi sedap) secukup rasa.
📌 50g butter untuk menumis dan 2 sudu minyak masak

Cara-caranya :

1.  Inti

✅  Panaskan minyak bersama butter.  Kemudian masukkan bawang putih...goreng sekejap dan masukkan pula isi ayam.  Gaul sebati sehingga masak.

✅ Kemudian masukkan mushroom bersama vegemix.  Gaul lagi hingga sebati semuanya.

✅ Selepas itu, masukkan lagi sosej dan bawang holland. Gaul....gaul...hingga sebati masukkan kiub ayam maggi, gaul lagi hingga kiubnya hancur dan sebati.  

✅  Akhir sekali masukkan mushroom creamy, garam dan lada hitam.  Gaul sehingga agak memekat kuahnya dan pastikan sudah mesra kesemua bahannya.  Sebelum matikan api, perasakan sekali lagi.  Siap dan boleh sejukkan sebelum dijadikan inti.

Tips goreng dan cara frozen:

Masak inti sperti biasa, dah sejuk gulungkan macam biasa.

Bila nak pack, letak dalam bekas yang tak mudah terpenyek.  Kalau nak guna plastik, susun satu-satu secara mendatar.

Boleh beli dalam paket kecil untuk penyerapan air, elak daripada berkulat. Ada jual di kedai bakeri. Yang selalu duk tengok orang letak dalam bekas biskut tu kan.

Simpan dalam freezer tahan sampai 1 bulan.  Simpan dalam peti sejuk bawah 1 minggu masih lagi elok.

Tapi kalau boleh bila nak jual, kenalah buat yang fresh nak bagi orang makan kan? lagipun sekejap je dah siap masak.

Nak cepat dan senang kerja, inti tu masak banyak-banyak dan frozenkan. Bila nak gulung, keluarkan lebih awal, defrostkan kejap dengan microwave atau pengukus.

Kulit popia lebihan yang tak habis diguna boleh disimpan dalam freezer balik. Pastikan seal dan ikat betul-betul.  Kalau agak kering, boleh kukuskan bagi lembut balik kulit popia tersebut.

Sebab popia ni sedap makan ranggup bila panas-panas. Jadi ramai yang nak beli cara frozen. Lagi satu api jangan besar sangat, dan jangan kecil sangat..supaya licin je kulit popia kelihatan setelah di goreng.

Nak elak daripada popia bocor time goreng, boleh guna 2 lapisan kulit popia tersebut. atau inti popia kita jangan cair sangat.

Oh ya! minyak kena banyak ye. baru la sekata masak dan cantik warnanya.


Selamat mencuba...🌷🌷🌷🌷