Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dapat lagi update blog malam ni.  Ida nak share resipi Spaghetti Mushroom Carbonara menggunakan jenama Prego.  Resipi ni sebenarnya salah satu resipi wajib ada dalam sebulan untuk suami dan anak-anak.  Nak tau kenapa ia menjadi pilihan Ida ?  Spaghetti Carbonara adalah sebuah resepi yang kids-friendly dimana ianya tidak pedas malahan pekat berkrim. Ianya bukan sahaja digemari oleh kanak kanak akan tetapi orang dewasa juga menggemarinya. Sos carbonara adalah sos yang berasal daripada Italy dan hidangannya adalah gabungan telur, keju dan juga lada. Ianya telah diperkenalkan di Rom pada sekitar tahun 1940-an. Nama carbonara itu pula sebenarnya berasal daripada sebuah restoran yang terdapat di Rom yang bernama “Carbonara”.  So itulah sedikit sejarahnya 😍.  Tambahan pula, Ida suka buat sebab ia sangat senang disediakan.  Bahan-bahannya pula kita boleh ubah suai mengikut kesukaan,  

So marilah kita lihat resipinya

eda kitchen, ida nursuri, Spaghetti Mushroom Carbonara Prego, pasta, western food, diet food

Spaghetti Mushroom Carbonara Prego

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)
  • 1 tin sos Mushroom Carbonara Prego
  • Sedikit isi ayam kisar (jenama Ramly pun ok)
  • bawang putih (cincang)
  • mushroom butang (dihiris)
  • 1/2 cawan susu segar
  • Sedikit daun rosemary
  • Garam secukup rasa
  • lada sulah.
  • 1 biji telur didadar hancur

Cara-cara

1)  Spaghetti di rebus.  Toskan dan asingkan.

2)  Tumiskan bawang putih hingga sedikit garing kemudian masukkan isi ayam.  Gaul sehingga isi ayam masak.

3)  Masukkan sos mushroom carbonara kacau bersama-sama dengan ayam tadi.

4)  Masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.

5)  Nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.

6)  Letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya,

7)  Untuk hiasan letak daun rosemary bersama telur dadar tadi diatas sos tadi bila dihidangkan.

eda kitchen, ida nursuri, Spaghetti Mushroom Carbonara Prego, pasta, western food, diet food


Selamat mencuba 😋