Lama dah menggunakan resipi ni bila nak buat popia inti sayur. Boleh jua tambah dengan sengkuang jika nak....hanya perlu sagat atau potong kecil memanjang dan campur bersama lobak tadi. Sebelum ni pernah mengikuti kelas Popia Frozen, cuma bahan dan cara memasaknya ada perbezaan sikit. InsyaAllah ada masa nanti Ida akan share resipinya. Ida suka buat popia ni bukan apa, anak-anak dan suami suka. Tak kira inti apa pun yang Ida bubuh confirm licin. Tambah-tambah lagi anak-anak Ida yang liat sangat nak makan sayur.
Ada masa sikit ni, Ida nak share resipi Popia Goreng Inti Ayam & Sayur. InsyaAllah malam nanti, Ida cuba share resipi Popia Sira Berlada.
Popia Goreng Inti Ayam dan Sayur
Bahan-bahan
200 gm ayam kisar (jenama Ramly)
1 cawan kobis - hiris nipis
1 cawam kacang panjang - dipotong kecil-kecil (kiub)
1 batang lobak merah - sagat kasar
1 biji bawang holland - dipotong kiub
1 sudu lada sulah
1 kiub pati ayam
Garam
Kulit popia saiz 7 x 7 secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya:
1. Panaskan sedikit minyak dan terus goreng bawang holland seketika dan seterusnya masukkan isi ayam. Gaul sehingga masak.
2. Selepas itu, masukkan kacang panjang, lobak, kobis dan kiub pati ayam. Gaul sehingga semuanya sebati selama 10 minit atau setelah agak kering dan air.
3. Campurkan lada sulah dan garam. Gaul hingga sebati. Sebelum padamkan api perasakan sekali lagi, jika perlu tambah garam atau lada sulah.
4. Sejukkan sebelum dijadikan inti.
....pastikan intinya agak kering/tanpa air barulah matikan api.......
5. Ambil sehelai kulit popia, letak bahan inti tadi secukupnya dan gulung biar kemas, buat sampai habis.
6. Panaskan minyak secukupnya dan goreng biar perang/garing dengan api sederhana, angkat dan toskan.
7. Boleh la dihidang bersama sos pilihan.
Psstttt....buat banyak-banyak tau, boleh frozenkan, so bila-bila masa nak makan, just goreng je 😊😋
0 Comments