Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) berjalan, antara benda yang paling sukar dicari ialah sayur-sayuran kampung seperti pucuk ubi, nangka, rebung dan yang seangkatan dengannya.  Orang yang paling terkesan ialah orang-orang yang tinggal di kawasan bandar yang hanya berharap pada pasar yang terdapat dibandar dan pasaraya....ni untuk yang peminat sayur kampunglah seperti Ida.  Sepanjang PKP, adalah beberapa kali turun ke pasaraya Econsave, Kota Warisan dan kedai borong di area BBST untuk membeli sayuran dan lauk....itu je yang terdekat dengan rumah Ida, mengintai sayur kampung sebab biasanya ada...tetapi seringkali hampa.  

Alhamdulillah minggu lalu pergi ke kedai borong BBST, adalah pula pucuk ubi.  Tambahan pula, kawalan pergerakkan dah semakin dilonggarkan, so para pembekal sayur kampung mulalah memunculkan diri semula.  Hati banyak senang, terus borong 2 ikat.  Sikit?  banyaklah tu untuk saiz keluarga Ida, masak sekali, sebahagian boleh frozenkan.  Ok yes....sampai sahaja rumah terus buat tanpa berlengah, tambahan pula ikan masin bawal yang mentua Ida kirim dari Labuan masih ada lagi....bolehlah buat 'sapak' orang Labuan bilang iaitu dicampur jadi masakan ni boleh jadi complete meal. Hidangan lengkap di makan bersama nasi. Fuhhhh  padu......comfirm tak toleh belakang.

Sebenarnya Ida ada 2 versi berbeza cara nak masak lemak pucuk ubi ni.  Versi 1, kena rebus dari mak (mak Ida) dan versi 2, kena ramas sehingga lumat dari mak mentua Ida.  Actually kedua-duanya pun menghasilkan rasa yang sangat sedap.  Perbezaan rasa kurang ketara walaupun ada sebenarnya jika pandai menilai.  Hari ini Ida akan masak menggunakan cara yang ke 2 iaitu cara mak mentua Ida....lebih mudah kot, walaupun ada kesakitannya iaitu bab melumatkannya.

Tapioca leaf cooked with coconut milk, sayur daun singkong, Gulai Lemak Pucuk Ubi Dengan Ikan Masin, pucuk ubi ulam, sayur kampung famous

Resipi Gulai Lemak Pucuk Ubi Dengan Ikan Masin

Bahan-bahan:

5-6 kerat ikan masin ....apa jenis pun boleh, kalau boleh part yang tiada tulang kecil
2 ikat pucuk ubi
1 kotak santan......santan kara 200 ml je sebab dah pekat
1 batang serai yang dititik
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Secukup rasa
Air secukupnya 

Bahan ditumbuk/blend :

1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili api (kalau nak pedas boleh lebihkan lagi)


Cara masak sayur pucuk ubi gulai lemak:

1.  Leraikan daun pucuk ubi dari batang kecilnya lalu kerat-keratkan/carik daun pucuk ubi tersebut kesemuanya.  Mak mentuaku pesan...sedap jika cari/kerat menggunakan tangan sahaja 😊. 

Sayur pucuk daun Singkong, Gulai Lemak Pucuk Ubi Dengan Ikan Masin, pucuk ubi ulam, sayur kampung famous

2.  Sesudah itu, tabur sedikit/sesudu garam ke atas pucuk ubi dan boleh mula meramasnya dengan tujuan melumatkan daunnya. 

Daun Singkong diramas, Gulai Lemak Pucuk Ubi Dengan Ikan Masin, pucuk ubi ulam, sayur kampung famous
 
3.  Setelah lumat bolehlah cuci kemudian perah pucuk ubi untuk pastikan tiada lagi air yang "terperangkap".  

Daun singkong siap diramas, Gulai Lemak Pucuk Ubi Dengan Ikan Masin, pucuk ubi ulam, sayur kampung famous

4.  Selepas itu, leraikan satu-satu daun yang bergumpal dan kemudian biarkan selama lebih kurang 30 minit ke sejam sebelum dimasak.

eda kitchen, ida nursuri, Gulai Lemak Pucuk Ubi Dengan Ikan Masin, pucuk ubi ulam, sayur kampung famous

5.  Rendam ikan masin lebih kurang 20 minit untuk mengurangkan masinnya sambil mencucinya

6.  Masukkan air, ikan masin yang telah direndam tadi, serbuk kunyit, serai yang telah dititik dan bahan yang telah di tumbuk kedalam periuk yang berisi pucuk ubi.  Masak sehingga lembut.

7. Masukkan santan dan sambung masak lagi dengan api yang sederhana. Bila dah mendidih, perasakan garam dan secukup rasa. Kacau hingga mendidih dan matikan api.

Sayur Pucuk daun singkong, Gulai Lemak Pucuk Ubi Dengan Ikan Masin, pucuk ubi, sayur kampung famous, Tapioca leaf cooked with Coconut leaf.


Selamat mencuba 🌿🌿🌿