Assalamualaikum dan salam sejahtera.....🌷🌷🌷🌷
Petang ni Ida nak simpan kat sini mee basah yang Ida masak tadi tengah hari. Konon untuk somi balik rest makan tengah hari, tup-tup berdering telefon, somi cakap tak dapat balik makan kat office ja....hujan lebat di KLIA katanya. Hakikatnya betullah memang hujan pun. Tulah nasib orang yang pakai motor pergi kerja. Dah malas ambil baju hujan di office katanya. Tapi takpe, Ida simpan tuk makan malam naa....jimat masa hari ni 🥰🥰.
Resipi Mee Goreng Basah Sedap Meletops dan mudah
Bahan bahan :
📒 1 pack mee kuning
📒 Isi ayam potong kecil
📒 Bebola ikan / bebola ayam - hiris
📒 1 biji buah tomato - potong 6
📒 1 biji bawang merah sederhana besar
📒 5 ulas bawang putih - ditumbuk
📒 Sayur sawi kecil
📒 Kicap manis
📒 Sos cili & sos tomato
📒 1 sudu makan cili boh
📒 1 sudu kecil garam
📒 5 sudu kecil gula
📒 3 sudu besar minyak masak
📒 Sedikit air
Bahan tambahan ketika hidang:
📒 Potongan kecil cili padi
📒 Hirisan limau kasturi
....isi ayam, bebola ikan atau bebola ayam serta sawi tu, Ida tak letak sukatan khusus, terpulang pada tekak masing-masing. Manatau nak lebihkan sayur dan sebagainya 😋😋. Nak diet kena camtulah.
Cara cara:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Selepas tu masukkan ayam.. goreng kejap bagi isi ayam nampak putih/masak. Selepas tu boleh masukkan cili boh. Gaul sehingga cili nampak pecah minyak sikit.
2. Kemudian boleh terus masukkan sayur sawi, hirisan bebola, gula, garam dan kicap. Nak bagi cantik warna dan rasa, kicap tu jangan kedekut sangat 😒. Gaul hingga sebati.
3. Tambahkan sedikit air. Gaul sekejap, kemudian masukkan sos cili dan tomato. Gaul lagi tunggu smpai mendidih dan nampak pekat dah, lepas tu masukkan mee dan gaul sebati.
4. Jangan tinggalkan mee tu..mesti sentiasa gaul sampai agak-agak bersalut dan kuah nak kering, bolehlah masukkan tomato yang di potong tadi... gaul dalam 2 minit... tutup api.. jgn smpai kering tau ... 😜😜😜😜
5. Mee sedia dihidangkan bersama potongan cili padi dan perahan limau kasturi. Ummmmph....sedap gila tau, kecur pula liur masa menulis ni 😋😋.
Selamat mencuba....🍴🍴
0 Comments