Assalamualaikum dan salam sejahtera...😊😊
Hari ni first time Ida mencuba buat mee rebus. Mee Rebus Terengganu katanya. Ida bukan orang Ganu, tapi tak salah jua kan Ida cuba buatnya. Terus terang bukan sahaja tak pernah buat, malah tak pernah makan Mee Rebus ni. Ok resipi ni Ida ambil daripada facebook iaitu dari group MAhN....dimiliki/ditulis oleh Pn. Norashikin Ismail. Banyak yang Ida ubahsuai sebenarnya mengikut diet dan selera keluarga. Resipi ni Ida buat tak ada sukatan khusus untuk berapa banyak mee, ayam, telur dan bahan sayur....bergantung berapa banyak nak makan. Untuk Ida, memanglah akan lebihkan sayurnya sebab kata nak jaga diet. So mari lihat dan cuba buat resipinya.
Resipi Mee Rebus Terengganu
Bahan-bahan
=============
📌 Mee kuning
📌 Isi ayam potong kecil
📌 Fishball
📌 2 biji telur
📌 1 kiub pati ayam
📌 2 sudu kecil serbuk lada hitam
📌 2 biji bawang merah kecil (ditumbuk)
📌 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
📌 Air secukupnya
📌 Garam dan serbuk perasa
📌 Air asam jawa sedikit....jika nak rasa msam-masam pedas ....
📌 2 sudu makan minyak
Sayur-sayuran :
📌 Bunga kobis
📌 Sawi
📌 Tomato
📌 Carrot
📌 Cili padi
Cara-cara
============
🍲 Panaskan minyak,tumis bahan tumbuk hingga sedikit garing dah naik bau,,masukkan ayam. Gaul hingga ayam masak.
🍲 Tambahkan air secukupnya. Gaul sambil masukkan fishball. 5 minit selepas tu masukkan semua sayuran beserta air asam jawa.
🍲 Tambahkan perasa iaitu kiub ayam, garam dan serbuk perasa (jika nak). Gaul lagi, tambah air jika perlu, pastikan ia perlu nampak berkuah.
🍲 Jika dah mendidih, pecahkan telor sebjik-sebiji..,tak perlu kacau ye supaya kuning telur taklah pecah 😋😋
🍲 Rasa kuahnya dahulu sebelum matikan api, jika perlu tambah garam ke, time nilah boleh tambah.
🍲 Bila nak hidang barulah masukkan mee, bubuh cili padi dan serbuk lada hitam.
👍👍 Makan panas-panas baru sedap. Jangan biar lame nanti mee kembang...nak makan barulah masukkan mee.
.....selamat mncuba.......
#cabarandiet30hari
#haripertama
#dinner
0 Comments