🌹JENIS-JENIS CILI KERING 🌹
☘️Cili merupakan salah satu bahan penting dalam masakan terutamanya di asia tenggara. Ia juga dikenali sebagai cabai. Pemilihan cili sangat penting terutamanya untuk para pengendali dapur....khasnya kepada surirumah, dan tukang masak restoran dan yang bersamaan dengannya. Tersalah beli, anak-anak makan sebab pedas sangat, pelanggan complain sebab tak rasa langsung pedasnya 😋. So mari kita kenali jenis-jenis cili untuk memudahkan rujukan nanti.
👉Di bawah merupakan jenis2 cili kering:
🌶️CILI KERING BERKILAT
Ia juga dikenali sebagai Cili 273. Lurus, berkilat, banyak biji, berwarna merah menyala dan tak bertangkai, saiz seperti cili padi. Cili kering jenis ini sangat pedas dan senang untuk dapat di mana-mana sebab harganya agak murah.
🌶️CILI KERING PAPRIKA
Ia juga dikenali sebagai Cili Teja. Ianya lurus, banyak biji, bertangkai, berkilat dan berwarna merah menyala. Agak sedikit kerinting. Kebiasaannya kita akan jumpa cili ini dalam bentuk serbuk iaitu dijadikan flakes (disangai/dibakar dan diblend) dan amat sesuai digunakan untuk masak kari dan tomyam.
🌶️ CILI KERING GEMOK
Cili kering jenis ini pula bentuknya gemuk, berwarna merah-merah kehitaman, agak tebal kulitnya. Cili jenis ini sedikit mahal dan sesuai untuk mereka yang tidak sukakan pedas atau pun untuk kanak-kanak. Untuk dapatkan kepedasan yang ideal bolehlah campur dengan cili kerinting sedikit atau cili berkilat sedikit.
🌶️ CILI KERING KERINTING
Juga dikenali sebagai Cili 668. Hakikatnya sekali pandang, memang ianya berkerinting...rupa cili kering yang seakan bergerutu. Ya betul ianya agak murah sedikit berbanding cili-cili yang lain. Malah mudah didapati di pasaraya-pasaraya. Tapi mak oiiii jika buat sambal guna cili ni memang menangislah jawabhya.....pedas sangat-sangat.
0 Comments