Salam semua.....Ida rasa ni resipi yang sangat simple dengan menggunakan sukatan cawan pula tu.  Kepada yang baru mencuba atau baru nak belajar buat kuih talam Labu nilah resipi yang sangat sesuai.  Gunakan cawan bersaiz 200 ml, manakala luyang pula Ida gunakan saiz 5 x 5 inch square untuk dapatkan ketebalan seinci lebih...lebih kuranglah menghampiri 2 inci.  

Jom kita cuba resipinya.....

resepi kuih talam labu menggunakan bahan daripada buah labu kuning, tepung beras dimasak kukus

Resepi Talam Labu Simple

Bahan-bahan A

  • 2 cawan tepung beras....recommended cap Teratai
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi
  • 1/4 cawan tepung jagung 
  • 1 kotak kecil / 200 ml santan kara
  • 3 cawan air
  • 3/4 cawan gula 
  • 1 cawan labu lecek
  • Garam
  • Pewarna kuning

 Bahan B
  • 1 cawan labu lecek
  • Setitik pewarna kuning

Cara-caranya :

1.  Panaskan kukusan terlebih dahulu.

2.  Campurkan ke semua bahan A ke dalam bekas mixer. Kisar sehingga tiada yang berketul.

3.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
i) Bahagian 1: Biarkan putih, tanpa campuran bahan lain.
ii) Bahagian 2: Campurkan dengan bahan B dan kisar semula sehingga rata tanpa ketulan.

.....pastikan ke dua-dua bahagian tiada ketulan tepung

4.  Masukkan adunan bahagian 1 ke dalam luyang. Kukus selama lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.

5.  Selepas lebih kurang 30 minit, masukkan pula adunan bahagian 2. Kukus lagi selama lebih kurang 30 minit.

6.  Setelah masak buka penutup kukusan dan biarkan Talam Labu korang didalam kukusan selama lebih kurang 10 minit (api masih terbuka ya). Tujuannya ialah untuk menyejat air atau lembapan yang ada dipermukaan Talam Labu korang.

7.  Jika sudah kering, padamkan api, keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan. Pastikan betul-betul sejuk, barulah cantik dan kemas semasa memotongnya.

Selamat mencuba