Hari ni mencuba buat kek coklat kukus. Actually dah lama resipi ni viral di facebook. Hari ni baru nak buat dan share dalam blog ni. Tengok jadi ke tak sebab biasanya buat kek guna oven je. Kukus-kukus ni, kalau apam tu biasalah.
Update, lepas buat....Alhamdulillah suami dan anak-anak suka. Licin semua, nasib baik dapat jua Ida makan 1 slice...potongan pertama 😊😊. Kalau tak ....tengok jelah bekas kosong. Bagi Ida takpe, yang penting kita masak keluarga suka dan habiskan, taklah membazir.
Ok ini resepi yang Ida guna, ubahsuai sikit daripada resipi asal. Sebenarnya 1 cawan koko, tapi ida kurangkan dan lengkapkan/penuhkan cawan dengan milo. Pernah buat sekali guna oven dan fully koko....rasa pahit sikit pula, sebab tu ubahsuai sikit 😋. Ida guna loyang round 7 inch...penuh dan tinggi wey. Maksudnya guna loyang 8 inch pun ok dah. But sorry masa Ida buat ni, tak letak topping sebab anak-anak kurang suka, so biar kosong je. Tapi resipi topping Ida ada sertakan sertakan sekali. Next time Ida akan share yang bertopping pula.
Bahan 1 :
1 cawan (3/4 cawan serbuk koko + serbuk milo...penuhkan cawan menjadi 1 cawan)
1 cawan susu cair/bancuhan susu serbuk
1 cawan minyak masak
3/4 cawan susu pekat
3/4 cawan gula
3 biji telur B
Sedikit almond kisar kasar
Cara 1:
📌 Campurkan semua bahan diatas ke dalam blender, blender selama lebih kurang 10 minit
Bahan 2:
1 cawan tepung gandum + 1/2 sudu kecik soda bikarbonat + 1 sudu kecik baking powder + 2 sudu kecil tepung jagung.
Cara 2:
📌 Campurkan semua bahan diatas ke dalam blender, blender selama lebih kurang 10 minit
Bahan 2:
1 cawan tepung gandum + 1/2 sudu kecik soda bikarbonat + 1 sudu kecik baking powder + 2 sudu kecil tepung jagung.
Cara 2:
📌 Campurkan semua bahan 2 dan kemudian ayakkan supaya struktur tepung lebih ringan.
📌 Keluarkan bahan 1 dari blender ke dalam bekas lain dan kemudian campurkan dengan bahan 2. Caranya kaup balik je. Boleh campur almond kisar kasar masa ni. Gaul hingga sebati.
📌 Sesudah sebati, masukkan ke dalam loyang. Sebelum kukus pastikan :
📌 Sesudah sebati, masukkan ke dalam loyang. Sebelum kukus pastikan :
+ Kukusan dan dipanaskan terlebih dahulu....macam oven jua.
+ Penutup kukusan dibalut dengan kain atau lebih selamat balut loyang tadi dengan foil...supaya air dari panutup tidak jatuh ke atas kek. Akibatnya kek akan menjadi bantat.
📌 Siap syarat tu ☝️, bolehlah kukus selama 1 jam.
Nilah hasilnya 👇
Resipi topping
Coklat Ganache
2 sudu serbuk coklat
3 sudu susu pekat
½ cawan air masak
2 sudu tepung jagung
2 sudu minyak masak
Masak atas kuali non stick sampai adunan pekat sikit je. Dah siap curah je atas kek
2 sudu serbuk coklat
3 sudu susu pekat
½ cawan air masak
2 sudu tepung jagung
2 sudu minyak masak
Masak atas kuali non stick sampai adunan pekat sikit je. Dah siap curah je atas kek
Selamat mencuba 🌷🌷🌷🌷
0 Comments