Resipi Sayur Pak Choy Tumis simple, resep sayur sawi hijau

Macam mana nak masak sayur Pak Choy? sayur Pak Choy sebenarnya sangat simple dimasak.  Hanya celur dan buah kuahnya.  Ida pernah cuba tumis terus tanpa celur....jika dibandingkan rasa, Ida lebih pilih jika dicelur dulu dan barulahlah curahkan kuah ke atasnya.  Atau pun celur dan buat sambal dan cicah.  Cukup sedap dan mudah.  Hidangan ni cukup untuk 2 atau 3 orang.

Bahan-bahan :
  • Seikat Sawi (lebih kurang 5 pokok) 
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 biji bawang merah besar (cincang)
  • 1 biji lada besar (dipotong serong)
  • 1 kiub ayam jenama maggi
  • 2 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air

Cara-cara masak sayur Pak Choy :

1.  Cuci bersih sayur Pak Choy, kemudian potong/kerat....itu pun, ianya universal....keratlah ikut suka hati, ikut sedap mata memandang dan yang paling penting tekak korang boleh telan 😅😅.  Selepas kerat, rendam sekejap dengan sesudu teh garam....dalam 10 minit.  

2.  Panaskan air dalam periuk ....biar mendidih/cukup panas barulah masukkan Pak Choy.  Celur sekadar layu dan tapis.  Kemudian terus celup atau rendam ke dalam air sejuk.   Air sejuk tu untuk menghentikan proses memasak agar Pak Choy korang akan kelihatan segar dan tidak pucat.  Selepas rendam sekejap, tapis kembali dan susun di dalam piring hidang.

Untuk kuah pula,

3.  Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan.  

4.  Masukkan 1/2 cawan air bersama lada besar yang dihiris tadi.  Gaul sekejap, kemudian masukkan pula kiub pati ayam.  Gaul sehingga larut.  Tambahkan sedikit garam jika perlu......rasa kuah terlebih dahulu sebelum masukkan garam tu.  Gaul lagi sehingga mendidih dan agak sedikit memekat.  Matikan api.

5.  Curahkan kuah ke atas Pak Choy di dalam piring hidang tadi.  

Selamat mencuba....