Masak Ayam Masak Kicap Mudah, tanpa goreng ayam, tanpa sos tiram, dan tanpa serai
Masak Ayam Masak Kicap Mudah

Pelbagai resepi ayam yang ada, google je semua keluar daripada resepi susah sehinggalah yang simple.  Sebagai surirumah yang hari-hari kena masak untuk anak-anak dan suami, bukan setiap hari kita boleh masak masakan yang special seperti rendang dan ayam golek bagai.  Jadi apa yang simple selalu itu yang jadi pilihan untuk dimasak selalu contohnya ayam masak kicap nilah.  Ada waktunya, Ida tanya suami...ayam nak masak apa?...dia akan jawab...masak kicap 😂.  Ok mudah kerja aku sebab simple sebab cara saya masak tak perlu goreng, mungkin ada orang lain yang masak ayam kicap perlu menggoreng ayamnya terlebih dahulu dan sebenarnya ayam masak kicap adalah menu favorite mereka.

Ok jom tengok cara-cara ayam kicap

Resepi Ayam masak kicap
  • 300 gram ayam (bahagian mana ikut suka)
  • 1 /2 biji bawang holland ( ikut saiz) – di hiris
  • 3 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih)
  • 3 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan kicap mee 
  • 1 biji cili hijau besar (dipotong serong)...tak ada cili hijau, merah pun boleh 😂
  • 2 biji cili merah...nak pedas boleh jer tambah
  • Sedikit garam dan ajinomoto
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Air secukupnya
Bahan di tumbuk
  • 1 inci halia 
  • 1 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
Bahan di tumbuk, 1 inci halia, 1 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, kicap Me Tamin dan Kicap manis Jalen

Cara Penyediaannya

1.  Ayam dipotong kecil dan cuci sebersih-bersihnya dan toskan.  Saiz ayam tu ikut suka hati koranglah.

2.  Panaskan minyak dan terus masukkan 3 sekawan.  Bila minyak dah panas tumis bahan tumbuk sehingga wangi.

3.  Masukkan kicap, gaul hingga sebati.   Boleh tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat. bila mendidih masukkan ayam. Gaul lagi dan tambah air jika perlu.  Biarkan sehingga masak.

4.  Beberapa minit sebelum matikan api, masukkan cili padi dan cili hijau segar....untuk terasa ayam masak kicap ada pedas sikit je.

5.  Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan ajinomoto.  Gaul lagi sehingga sebati dan boleh matikan api, angkat dan hidangkan.

Cara Masak Ayam Masak Kicap Mudah dan simple
Ayam Masak Kicap

Senangkan resipi ni.... tak perlu goreng, tak perlu sos tiram, tak perlu serai bagai  Mudah, simple dan sedap.  Selamat mencuba,