Jom tengok resepi peria tumis telur
Bahan-bahan
- 2 batang buah peria
- 1 biji telur
- 1 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 biji bawang merah kecil (dihiris)
- 1/2 biji bawang holland
- Sedikit lobak merah di potong memanjang
- Garam
- Ajinomoto
- Sedikit minyak untuk menumis
Cara masak:
1. Untuk memudahkan, potong kepada 2 bahagian dan korek menggunakan sudu atau pisau sesuai bahagian dalam peria yang tidak digunakan iaitu bahagian biji.
2. Kemudian hiris kecil-kecil. Sesudah itu, taburkan garam dan ramas-ramas mesra je.
3. Setelah itu cuci untuk menghilangkan rasa masin dan pahit setelah diramas dan terus toskan.
4. Didalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan merah sehingga wangi. Kemudian, masukkan bawang holland dan lobak. Gaul sebentar.
5. Selepas itu, bolehlah masukkan sayur peria. Tambahkan garam dan ajinomoti. Gaul sehingga masak.
6. Akhir sekali barulah masukkan telur keatas sayur peria. Gaul hancur sehingga menyaluti kesemua sayur peria. Gaul hingga agak garing terlurnya dan barulah matikan api.
Selamat mencuba...
0 Comments