Sekarang jom layan nasi goreng bawang yang Ida sediakan untuk suami.
Bahan-bahan :
Bahan-bahan :
- 3 mangkuk nasi sejuk
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 5 ulas bawang merah (dimayang halus)
- 1 ketul halia ...kecil je dan ketukkan
- Sedikit daun bawang
- 2 biji telur
- 2 biji lada hijau/merah segar dipotong serong
- Kicap cair
- Serbuk lada sulah
- Garam dan serbuk perasa (ajinomoto)
- Minyak masak
Cara-cara masaknya
1. Panaskan minyak, gorengkan bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi dan keperangan,
2. Kemudian masukkan daun bawang bersama lada hijau atau merah. Gaul sebati.
1. Panaskan minyak, gorengkan bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi dan keperangan,
2. Kemudian masukkan daun bawang bersama lada hijau atau merah. Gaul sebati.
3. Masukkan 2 biji telur. Gaul bersama bersama sehingga separa masak dan bolehlah masukkan nasi. Gaul kesemuanya sehingga rata.
4. Masukkan sedikit kicap dan gaul lagi sehingga warna kicap meliputi seluruh nasi goreng. Kemudian diikuti oleh garam dan serbuk perasa.
5. Dengan api besar, gaul nasi tanpa henti. Sehingga ia kelihatan ringan bila digaul. Boleh matikan api dan hidangkan bersama hirisan timun dan telur separa masak atau telur mata kerbau. Bawang segar tu hanya hiasan ye....kalau sanggup makan boleh juga 😂
Selamat mencuba....simple dan sedap 😍
0 Comments