Masak singgang, ikan tongko, ikan aye, ikan aya, ikan kayu, Skipjack Tuna, Katsuwonus pelamis

Masak singgang adalah masakan popular di Terengganu dan kali ini Ida cadang nak cuba masak singgang ikan tongkol versi Terengganu. Ikan Tongkol kalau di terengganu orang panggil Ikan Aye di tempat asal Ida Sabah kami panggil Ikan Kayu. Menurut kawan dari Terengganu, masakan ikan singgang ni sedap jika dimakan bersama budu.  Hakikatnya Ida tak pernah lagi mencuba makan budu, InsyaAllah suatu hari nanti jika ada peluang Ida nak cuba.

vLog Cara Masak Singgang Ikan Tongkol Step by Step

Bahan-bahan:

  • 6 potong ikan tongkol - Ida suka ambil part yang tengah je
  • 6 biji kacang bendi - potong pangkal dan hujung sedikit
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 biji bawang merah - dihiris
  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 1/4 inci lengkuas - dihiris nipis
  • 1 inci kunyit hidup - diketuk
  • 3 biji cili padi - diketuk
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan serbuk perasa (msg) atau taknak guna Msg boleh guna gula
  • Air secukupnya (lebih kurang 3 cawan)
Cara Penyediaannya:

1.  Masukkan air ke dalam periuk secukupnya.  Masak sehingga mendidih.  Kemudian masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, lengkuas, asam gelugur, kunyit hidup dan serbuk kunyit dalam periuk.

2.  5 minit selepas itu masukkan pula ikan tongkol, kacang bendi, garam dan serbuk perasa secukupnya.  Kemudian masukkan cili padi.  

3.  Gaul dan biarkan mendidih sehingga ikan masak.  Sebelum matikan api, rasa sekali lagi jika perlu tambah garam atau serbuk perasa.

Siap untuk dihidang.

Nasi dengan ulam kacang botol dan Singgang ikan tongkol

Selamat mencuba.. .....