Kuih Keria Gula Melaka |
Ok dah habis cerita viral tu, jom kita fokus untuk membuat kuih keria gula melaka pula. Keledek putih atau kuning adalah lebih sesuai digunakan berbanding oren kerana keledek putih/kuning lebih manis dan tidak lembik apabila direbus. Doh keledek pula lebih senang dibentuk dan tak perlu tambah tepung yang banyak. Penggunaan baking power adalah optional. Bubuh boleh dan tak bubuh pun boleh, tujuannya adalah supaya kuih menjadi montok dan gebu.
Ok sekarang, jom tengok resepi yang Ida buat,
Bahan-bahan untuk doh keria:
- 500 gram ubi keledek
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil garam
Bahan-bahan untuk salutan gula/sira:
- 2 keping Gula melaka
- 1 sudu gula pasir
- 1 cawan air
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk kuih keria:
Cara-cara untuk kuih keria:
Ubi keledek yang sebelum direbus dan sedang direbus |
1. Rebus ubi hingga empuk dan toskan airnya.
2. Apabila ubi sudah sejuk, kupas kulitnya dan lecek menggunakan 'potato masher' supaya lebih mudah.
3. Tambah garam dan tepung. Jangan campur air ye.
4. Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat.
5. Tidak mengapa jika doh melekat sedikit. Sapukan sedikit tepung di tangan sebelum menggentel doh dan bentukkan menjadi bulat...seperti buat donat. Ulang proses sehingga habis.
6. Goreng di dalam minyak panas sehingga keperangan dengan api sederhana. Kalau goreng keria, jangan kerap sangat terbalikkan kuih semasa menggoreng kerana nanti kuih jadi serap minyak.
5. Kacau atau gaul kuih keria yang digoreng tadi dalam gula pekat yang sedang mendidih sehingga sekata.
Cara-cara untuk salutan gula/sira:
1. Campur dan cairkan gula melaka, gula pasir dan air.
2. Masak menggunakan kuali leper sehingga mendidih dan pekat..pada masa ni boleh letakkan kuih keria tadi, gaul sehingga semuanya bersalut gula melaka.
Baru perasan gambar-gambar ni ada yang beza warnanya. Mungkin Ida buat malam, so lighting dalam rumah dan camera kurang bagus kot. Dah lama viral, hari ni baru buat..em..mmm....
Ok Selamat mencuba.
0 Comments