Ikan Kapak masak rebus serai |
Ikan Kapak ni selain daripada masak serai boleh je dimasak dalam pelbagai resepi seperti asam pedas, sweet sour dan yang paling sedap sebenarnya adalah goreng je 😍. So ikannya dah ada tapi rasa pening sebab saya nak masak rebus serai tapi anak-anak dan husband nak goreng je 😩. Jadi dipendekkan cerita masak kedua-duanya.
Jom tengok resipi Ikan Kapak Masak Rebus Serai,
Bahan-bahan:
- 1 ekor ikan kapak
- 1 batang serai diketuk
- 2 inci halia dibuang kulit dan diketuk
- 2 biji cili padi (kalau nak pedas boleh tambah)
- 2 biji tomato ceri dibelah 2
- Garam
- Air
Cara-Cara Masak Ikan Kapak Rebus Serai:
1. Buang isi perut dan cuci ikan sebersih-bersihnya.
2. Potong ikan tersebut kepada 2 bahagian sebab ia terlalu lebar. Tapi kalau suka tak potong pun tak apa.
3. Panaskan air didalam periuk hingga separa mendidih, kemudian masukkan serai, halia, cili padi dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
4. Bila sudah mendidih, barulah masukkan tomato ceri dan ikan kapak. Rebus selama lebih kurang 5 minit atau sehingga masak. Kalau rebus terlalu lama takut isi hancur, tambahan pula ikan ni jenis tipis.
Jom kenali Ikan Kapak dari dekat,
Gambar ikan Kapak atau juga nama English nya Moonfish |
0 Comments