Terung Bulat masak sambal goreng. |
Bahan-bahan :
- 5 biji terung bulat
- 1 biji bawang merah besar
- 3 ulas bawang putih
- 5 sudu makan lada kisar
- Gula dan Garam secukup rasa
Terung Bulat dicuci dengan air dahulu sebelum dipotong. |
1. Bersihkan terung. Belah dua atau belah 4 ikut suka tengok size buah terung.
2. Gorengkan terung sehingga kelihatan kekuningan. Angkat.
3. Di kuali lain, tumis bawang merah dan bawang putih dengan sedikit minyak....agak-agak 2 sudu makan. Gaul sehingga wangi.
4. Masukkan lada kisar dan gaul. Apabila sudah pecah minyak, masukkan gula dan garam secukupnya.
5. Masukkan terung . Gaul manja. Tak perlu gaul sekuat hati. Takut terung hancur.
4. Masukkan lada kisar dan gaul. Apabila sudah pecah minyak, masukkan gula dan garam secukupnya.
5. Masukkan terung . Gaul manja. Tak perlu gaul sekuat hati. Takut terung hancur.
6. Tutup api. Siap! Simple je kan..tapi sedap..😋😋
Selamat mencuba....
0 Comments