Kuih Cek Mek Molek, Resepi Mudah, menggunakan ubi manis
Kuih Cek mek molek merupakan kuih yang dikenali ramai, terutamanya oleh masyarakat dari negeri Kelantan. Cara pembuatanya sangat mudah dan cuma melibatkan bahan yang sedikit iaitu Ubi keledek, tepung gandum, Gula dan garam serta sedikit minyak. Sangat sesuai untuk hidangan minum pagi mahupun minum petang. Tempoh pembuatanya juga sekejap sahaja bergantung dengan banyak mana kita nak buat

Kuih Cek Mek Molek yang tidak asing lagi di Malaysia sangat sedap dan mudah dibuat. Dengan hanya menggunakan bahan utamanya iaitu ubi manis, tanpa menggunakan air dalam adunan. Jom tengok cara-cara membuatnya 😋

Bahan-bahan :
  • 500 gm ubi manis (oren)
  • 1 cawan tepung gandum ....cawan 200 ml
  • Sedikit gula
  • Minyak

vLog Cara-cara masak kuih Cek mek molek.

Cara-caranya :

1.  Selepas dikupas bersih, rebus ubi manis sehingga empuk dan toskan airnya.
empat biji ubi manis direbus sehingga masak empuk
2.  Setelah itu, lecek sehingga hancur.  
Ubi Manis di lecek sehingga hancur sebelum dicampur dengan Tepung gandum
3.  Tambahkan tepung gandum.
Ubi Manis dilecek dan di campur dengan tepung gandum, sebelum diuli

4.  Uli menggunakan tangan sehingga menjadi doh dan adunan tidak lagi melekat ditangan.  Boleh basahkan tangan dengan calitan minyak jika aduna  melekat.
Ubi Manis yang sudah dilecek dan diuli menjadi Doh sedia untuk dibentuk menjadi kuih Cek Mek Molek
5.  Cubit sedikit doh dan letakkan sedikit gula....buat seperti gambar dibawah :
Doh Ubi Manis diletakan inti dan dibentuk menjadi bentuk Kuih Cek mek Molek
6.  Setelah selesai semuanya, bolehlah goreng menggunakan minyak banyak.  Pastikan api atau kepanasan minyak adalah sederhana. Jika terlebih panas ianya hanya akan hangus diluar dan mentah didalam.
Kuih Cek mek Molek yang siap digoreng dan dihidangkan
Selamat mencuba.

#edakitchen #idanursuri #cekmekmolek