Resipi Ikan Siakap tiga rasa, Barramundi cooked Sweet and sour
Resipi ikan Siakap masak tiga rasa


Ikan Siakap, Ikan Kakap Putih atau orang putih pulak panggil Barramundi adalah merupakan ikan air tawar separa air masin biasa terdapat di muara-muara sungai.  Pelbagai jenis masakan boleh di buat dengan menggunakan ikan siakap ni.  Contohnya bakar dan stim tapi harini Ida nak berkongsi resipi Siakap 3 rasa.  Ada juga orang menyebutnya dengan ikan masam manis atau omputih bilang sweet sour fish.  So jom tengok resepi yang simple ni.


Bahan-bahan untuk goreng ikan:

  • 1 ekor ikan Siakap
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • Sedikit tepung jagung
  • Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan :

Ikan Siakap, Ikan Kakap Putih, Barramundi Fish, dibersih dan ditoskan lalu kelarkan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.
Ikan dibersih dan ditoskan lalu kelarkan. Lumur dengan garam kunyit. Biarkan seketika. Bila hampir hendak digoreng, lumur dengan tepung jagung termasuk bahagian dalam perut ikan.


Ikan Siakap, Ikan Kakap, Barramundi Fish, Fried, Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng dengan minyak terendam iaitu deep fry. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas, barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng dengan minyak terendam iaitu deep fry...macam goreng ayam KFC tu.   Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan.


Bahan-Bahan Untuk Sos Ikan:

  • 3 ulas bwg putih dipotong cincang/chopped
  • 1 biji bwg holland dipotong dadu
  • 3 biji cili api dipotong kecil
  • 1 batang serai diketuk 
  • Halia dihiris
  • Sos tomato 
  • Sos cili 
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa knorr
  • Air

Bahan-Bahan Tambahan:

  • 15 ketul nenas dalam tin termasuk airnya (prefare Ayam Brand) potong 2 setiap ketul
  • 1 batang lobak dipotong membulat
  • 1 batang timun kecil dipotong memanjang
  • Cili segar dipotong tipis membulat
  • Tomato dipotong dadu
  • Daun bawang 
  • Daun limau purut

* Kuantiti setiap bahan-bahan sebenarnya terpulang kepada anda masing-masing, tepuk dada tanya selera.  Yang penting cukup 3 rasanya.

Cara-cara penyediaan sos @ kuah:

1.  Tumis bawang putih, bawang holland, cili padi, serai dan halia bersama.  Gaul...tak perlu garing sangat.

2  Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.  Gaul sehingga agak pecah minyak sedikit.  Tambahkan sedikit air.  Gaul lagi.

3.  Masukkan timun, nenas bersama airnya, lobak, tomato dan daun limau.  Gaul sebati sehingga masak.  Jangan lupa masukkan garam, gula dan perasa knorr.  Gaul sehingga agak pekat dan bolehlah matikan api.

4.  Curahkan sos keatas ikan yang telah diletakkan diatas piring hidang.  Kemudian boleh hiaskan dengan daun bawang dan cili segar.

Boleh rujuk gambar bahan-bahan Sos :


Serai, Bawang Holland, Bawang putih dicincang, halia di hiris, Garlic, lemon grass, cucumber
Serai, bawang Holland dipotong dadu, bawang putih dicincang, dan Halia di hiris bahan untuk Sos

bahan-bahan untuk masakan sweet and sour yang terdiri daripada Daun Limau, Tomato, Nenas dalam tin, Lobak merah, hirisan cili, Timun, dan daun  bawang
Lain-lain bahan untuk Sos

Ikan Kakap, Barramundi fish, Sos yang siap dimasak di curahkan ke atas ikan Siakap yang telah siap di goreng, masak tiga rasa, masak 3 rasa.Sweet and sour.
Sos yang siap dimasak di curahkan ke atas ikan Siakap yang telah siap di goreng.


Selamat mencuba...