Labu Siam Masak Lemak Cili Api atau turut dikenali Labu Jipang atau Chayote
So untuk resipi ni Ida akan gunakan untuk memasak sayur Labu Siam, sayur ni mungkin ada krisis identiti sebab pelbagai nama digunakan ada yang panggil Timun duri, di Indonesia panggil Labu Jipang di Sabah kami sebut Sayur Sayuti, hasil dari Google rupanya nama panggilan di Sabah lebih tepat Sebab nama sebenar dia Chayote dan nama saintifiknya Sechium edule, tak nak cerita lebih jom masak sayur Labu Siam :).
Bahan-Bahan:
📌 2 biji Labu Siam @ Chayote
📌 1 kotak santan kara (200 ml)
📌 1/2 mangkuk kecil ikan bilis
📌 4 ulas bawang merah
📌 1 ulas bawang putih
📌 4 biji cili padi
📌 1 ketul kecil kunyit hidup
📌 Garam dan secukup rasa
Cara Penyediaan:
✅ Kupas kulit Labu Siam @ Chayote. Kemudian hiris tipis dan cuci.
📌 2 biji Labu Siam @ Chayote
📌 1 kotak santan kara (200 ml)
📌 1/2 mangkuk kecil ikan bilis
📌 4 ulas bawang merah
📌 1 ulas bawang putih
📌 4 biji cili padi
📌 1 ketul kecil kunyit hidup
📌 Garam dan secukup rasa
Cara Penyediaan:
✅ Kupas kulit Labu Siam @ Chayote. Kemudian hiris tipis dan cuci.
✅ Kisar/Tumbuk bawang merah bersama cili api dan kunyit. Ketepikan.
✅ Basuh udang kering dan tumbuk kasar.
✅ Masukkan santan, bahan kisar halus dan udang kering di dalam periuk. Masak di atas api perlahan dan kacau sehingga mendidih.
✅ Masukkan Labu Siam tadi dan masak sehingga lembut. Perasakan bersama garam secukup rasa.
Tips:
Kuah haruslah dimasak di atas api yang perlahan dan kerap dikacau supaya kuah santan tidak berketul atau pecah minyak.
Labu Siam ditumis bersama bahan-bahan |
Labu Siam atau Labu Jipang masak lemak cili api |
Selamat mencuba...
0 Comments