Oleh itu jom tengok resipi Pucuk Labu Tumis Santan Berlada cara Ida:
Bahan-bahan :
- 1 cekak pucuk labu
- 1 kotak santan (200 ml)
- 1 sudu makan cili kering di kisar
- 1 biji lada segar dipotong serong
- Air
- Minyak
- Garam
- Serbuk perasa
Bahan untuk ditumbuk
- 1 biji bawang merah besar
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji cili api
- Sedikit udang kering
Bawang merah, bawang putih, cili api, Sedikit udang kering ditumbuk dalam lesung.
1. Pucuk labu segar bahagian batang/tangkai hendaklah di buang kulit luar yang kasar terlebih dahulu, barulah boleh potong kecil dan cuci bersih.
2. Tumis bahan tumbuk sehingga wangi, masukkan cili kisar. Gaul sehingga agak kering dan pecah minyak.
3. Tambahkan sedikit air (lebih kurang 1/2 cawn) kedalam kuali tadi dan boleh masukkan pucuk labu. Gaul sehingga mesra semuanya.
5. Selepas itu, tambahkan air jika kurang atau nak berkuah lebih kemudian masukkan santan dan gaul sehingga rata. Jangan hentikan menggaul secara perlahan agar tak pecah minyak santan. Boleh matikan api selepas 10 minit.
6. Siap dimasak dan hidangkan.
😜😜 This is how i cook. Lain orang lain cara. Ikut pada keselesaan masing-masing, janji sedap, boleh makan.
Selamat mencuba.
masak lemak pucuk labu,
resepi pucuk labu,
resepi sayur pucuk labu masak lemak
0 Comments