Kuetiau Goreng Udang simple dan cepat dimasak
Kuetiau Goreng Udang 

Kuetiau adalah sejenih mee berwarna putih yang lembut dan berkeping-keping yang diperbuat daripada tepung beras.  Biasanya kuetiau akan dimasak dalam pelbagai versi termasuklah sup.  Sebelum meneruskan topik resipi ni, Ida sempat google ejaan sebenar untuk "Keutiau" sebab bila google resipi, pelbagai versi ejaan yang keluar seperti Kuey Teow, Kue Teow.  So apa yang Ida dapat ialah "Keutiau" daripada kamus Dewan Edisi ke 4.  Itulah sedikit info untuk Kuetiau yang pasti kita 'betulkan yang biasa, biasakan yang betul'.

Ok hari ni Ida akan berkongsi masak kuetiau goreng dengan berintikan udang yang digoreng rangup dengan kulitnya.  

So mari layan Resipi Kuetiau Goreng Udang.

Bahan-Bahan:
  • 450 gram Kuetiau 
  • 200 gram udang
  • 2 batang sosej
  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • Sedikit sayur sawi
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Garam dan sebuk perasa /Ajinomoto
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak masak

Cara Penyediaan:

Udang Di Goreng untuk masak Kuetiau


1.  Udang dibersihkan, buang bahagian sesungut kepala, jejari dibadannya.  Biarkan kulitnya.  Campur garam sikit dan kunyit.  Kemudian goreng hingga rangup.  Setelah digoreng, toskan dan simpan ketepi.  Minyak tu takyahlah banyak sangat sebab nanti gunakan minyak ni jua untuk menggoreng keutiau korang.

2.  Gunakan minyak tadi (kurangkan kalau terlalu banyak, agak-agaklah) dan panaskan kuali semula, boleh je pun kalau gunakan kuali yang sama.  

3  Mayang bayang putih dan merah dan terus goreng didalam kuali sehingga wangi.  Kemudian masukkan sosej dan sayur.  Gaul sehingga layu dan masak.

4.  Masukkan kicap pekat dan cair, jangan banyak sangat.  Gaul lagi, tambah sedikit air jika kelihatan memekat.  Pecahka telur dan terus gaul sehingga telur hancur dan masak.

Masak Kuetiau, dalam kuali bersama bahan-bahan

5.  Selepas itu, masukkan kuetiau dan kacau sehingga sekata.

6.  Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.  Kemudian masukkan udang goreng tadi dan terus gaul lagi lebih kurang 5 minit dengan api besar.  Matikan api dan siap untuk dihidangkan.

Kuetiau Siap Di masak dan dihidangkan.
Kuetiau Siap di Masak

Selamat mencuba 👍👍