Resipi Sambal Belacan yang digoreng dahulu bahan-bahannya
Sambal Belacan Goreng

Resipi Sambal Belacan Goreng ni asalnya adalah ilham daripada kakak Ida sendiri.  Asal ada ikan bakar, maka adalah sambal belacan goreng ni dibuatnya.  Rasa dia taklah 100 percent sama sebab part lesung leper tu Ida fail.  Kakak ada lesung leper tu dan bila dia buat gelek je pakai lesung tu memang sedap.  Ida guna blender jer 😂.  

Bercakap pasal sambal belacan mesti semua orang teruja, banyak versi resepi sambal belacan yang orang buat atau olah.  Tak kisah pun yang penting sedap, tak sakit perut dan tahan lama sikit.  Biasanya sambal belacan yang digoreng atau masak akan lebih tahan lama berbanding yang 'fresh', maksudnya sambal belacan yang tak digoreng cepat sikit rosak atau basi. Bagi penggemar sambal belacan, tak rugi rasanya jika mencuba resepi ni.

Ok jom layan resipi Sambal Belacan Goreng,

Bahan Goreng :

  • Belacan 1 bulatan
  • Cili api (agak-agak segenggam)
  • 15 biji tomato ceri
  • 1 biji bawang merah besar... ada sedikit penambahan bawang lebihan masak sayur

Bahan Campur Masa Mengisar:

  • 6 biji limau kasturi... dalam gambar 4 biji atau boleh je lebihkan jika kurang
  • Cuka
  • Garam dan gula
  • Minyak

Cara Penyediaan:

Belacan, Cili api, tomato ceri, bawang merah, Limau Kasturi
Belacan, Limau Kasturi, Cili api, Tomato ceri dan bawang merah

1.  Cuci bersih semua bahan-bahan yang patut dicuci dan kemudian toskan.  Bawang tu boleh belah 6 supaya senang goreng.

Belacan, Limau Kasturi, Cili api, Tomato ceri dan bawang merah siap digoreng
Bahan-bahan siap di goreng
\
2.  Goreng semua bahan di atas kecuali limau kasturi.  Bermula daripada bawang merah, kemudian, tomato, cili api dan akhir sekali belacannya.

3.  Setelah digoreng, sejukkan sekejap dan bolehlah masukkan semua bahan goreng ke dalam mesin pengisar.  Didalam mesin pengisar campur perahan air limau kasturi yang telah dibuang bijinya.  Kalau perahan air limau kasturi tak cukup boleh tambah limau atau kalau tiada boleh jer tambah cuka sedikit.  Campurkan juga 2 sudu minyak, garam dan gula secukupnya.  Gula lebihkan sikit tak apa.

3.  Hasil yang sudah di kisar.  Ida tak masak lagi ye lepas tu.  Tahan lama sikit dan kurang pedas.  Sesuai jika anak nak belajar makan ulam.  

Dari bahan ni dapatlah dua bekas boleh lah simpan dalam peti sejuk

Selamat mencuba ...  👍👍