Resipi Nasi Lemak Strawberry ni sebenarnya Ida pernah kongsikan di laman web Ida yang lain iaitu di Ida Nursuri blog. Ida sengaja post di sini sekali lagi. Tetapi jika inginkan resepi yang full bergambar sila klik link Resipi Nasi Lemak Strawberry Inspirasi Dari Cameron Highland.
Ok jom tengok resipinya :
Bahan utama - buat dulu
🍓 1 bekas / 14 biji buah strawberry kecil
🔪 Cuci bersih dan blender dengan 1/2 cawan air. Kemudian tapis untuk mendapatkan pati jus Strawberry.
🔪 Hasil tapisan pati jus untuk campur di nasi dan kasar/hampas untuk dimasak bersama sambal kelak.
Bahan untuk nasi :
🍓 2 cup beras
🍓 2 helai daun pandan
🍓 1 inci halia - hiris tipis
🍓 1 sudu teh garam
🍓 1 kotak santan / 200ml
🍓 Air secukupnya
🍓 Hasil tapisan halus buah strawberry
Bahan untuk sambal :
🍓 4 biji bawang merah - kisar
🍓 4 ulas bawang putih - kisar
🍓 1 genggam ikan bilis - kisar
🍓 4 sudu makan cili kering kisar
🍓 1 biji bawang holland - hiris
🍓 2 helai daun pandan
🍓 Gula merah
🍓 Garam
🍓 Serbuk perasa
🍓 Minyak masak
🍓 Hampas strawberry yang telah dikisar tadi
Cara-cara memasak nasi lemak strawberry :
1. Cuci bersih berasnya dan toskan.
2. Campurkan dengan semua bahan iaitu air jus tapisan strawberry, santan, garam, halia dan daun pandan yang telah disimpul.
3. Tambah air secukupnya, sukat seperti memasak nasi biasa. Kalau dah biasa masak nasi lemak, tak jadi masalahlah.
4. Jika airnya terkurang, boleh kukus semula nasi tu, tak jadi masalah. Bertambah sedap dan wangi nasi tu jika sebelum mengukusnya lapik dengan daun pisang terlebih dahulu dan barulah letakkan nasinya.
**sementara menunggu nasi masak, kita masak pula sambalnya**
Cara-cara memasak sambal nasi lemak strawberry :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan ikan bilis) sehingga wangi dan agak garing.
2. Masukkan bawang holland bersama daun pandan. Gaul sehingga masak.
3. Kemudian masukkan pula cili kering kisar. Tumis sehingga pecah minyak, barulah masukkan gula merah. Gaul lagi, kemudian masukkan bahan perasa dan garam. Gaul lagi sehingga sebati.
4. Last, masukkan hampas strawberry yang telah dikisar tadi. Gaul sehingga betul-betul dah pecah minyak, agak-agak rupa macam paste, matikan api.
Pesanan....masak sambal ni, biar api kecil sedikit supaya taklah terlebih merecik-recik sambalnya dari kuali dan taklah cepat hangit.
Oklah, nasi dah masak, sambal pun dah masak..serikan lagi dengan bahan pelengkapnya seperti:
🍓 Hirisan timun
🍓 Kacang tanah goreng
🍓 Ikan bilis goreng
🍓 Telur rebus
Selamat mencuba..
0 Comments