Bok choy, pak choi, or pok choi, Brassica rapa, chinensis

Resepi sayur Pak Choy yang direbus dan digabungkan dengan kuah sos tiram sangat mudah disediakan selalu menjadi pilihan.  Pak Choy juga boleh disediakan dengan cara kukus, goreng tepung dan tumis dengan gabungkan dengan sayur-sayuran lain dan juga digunakan dalam sup.  Batang dan daunnya berwarna hijau muda, berair dan lembut.

Bahan-bahan :

  • Seikat Sayur Pak Choy
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 1 ulas bawang merah dihiris
  • 3 sb sos tiram
  • Sedikit ikan bilis digoreng rangup
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 kiub pati ayam maggi
  • 1 biji cili padi di potong kecil
  • Sedikit air

Cara-cara :

1.  Pak Choy di potong bahagian hujung bawah sahaja dan dicelur dengan air panas sehingga lembut.
Kemudian, angkat dan toskan.

2.  Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.

3.  Masukkan sos tiram, air dan kiub pati ayam. Masak hingga mendidih.

4.  Perasakan dengan garam dan tutup api.

5.  Tuangkan kuah ke atas Pak Choy yang diletakkan dan disusun rapi dalam pinggan.  Hiaskan atau letakkan bilis goreng tadi bersama cili padi.

Selamat mencuba ...