Resipi Spaghetti Carbonara Mushroom, resep pasta cheese cream krim dengan cendawan, di bubuh dengan telur scramble egg iaitu telur dadar hancur dan serbuk rosemary berintikan sosej ayamas, lobak dan mushroom butang

Resipi ni simple dengan 5 bahan asas dan ditambah sedikit garam dan sesudu minyak.  Cuma Ida ada tambah telur dadar hancur/scramble telur atas request suami dan Ida hiaskan dengan serbuk rosemery.  So jom tengok resipi ni 

Bahan-bahan :
1 paket Spaghetti
1 tin Carbonara Mushroom
1 tin Mushroom Butang (hiris)
1 batang lobak ...agak-agaklah saiz ye (hiris)
5 batang sosej (hiris)
1 sudu minyak
Sedikit garam
Sedikit rosmery kering
1 biji telur ...pecahkan dikuali dan terus hancur-hancurkan.

Cara-caranya :
1.  Didihkan air dahulu didalam periuk barulah masukkan spaghetti.  Rebus sehingga lembut....dalam 20 minit atau sehingga lembut.  Jika sudah lembut, toskan dan simpan didalam mangkuk hidang.

gambar Proses Merebus Spagetthi pasta, rebus di dalam periuk stainless masak menggunakan induction cooker dan rebus selama 20 minit

Untuk sos Carbonara,

Gambar Bahan-Bahan Spagetthi Carbonara Mushroom lobak, prego carbonara mushroom, sos pasta berkrim, sosej ayamas, cendawan butang

2.  Panaskan minyak dan terus tumiskan cendawan, lobak dan sosej.  Tumis sekejap....sehingga masak.

Proses Memasak kuah Spagetthi, masak menggunakan kuali teflon, tidak lekat minyak, menggunakan induction cooker lebih jimat elecktrik, menggunakan sudu kayu supaya kuali teflon tidak tergores

3.  Kemudian masukkan sos prego carbonara mushroom.  Gaul beberapa minit sehingga sos kelihatan mencair sedikit dan gaul rata dengan bahan cendawan, lobak dan sosej.  Sebelum matikan api, rasa kuahnya terlebih dahulu, jika perlu barulah tambah garamnya.

4.  Bila hendak makan barulah bubuh kuah keatas spaghetti.  Hiaskan pula dengan scramble telur dan serbuk rosemery kering. 

Spagetthi Carbonara Mushroom Siap Dihidang, menggunakan piring kaca ditabur dengan telur dadar hancur iaitu scramble egg dan ditabur dengan serbuk rosemery


 Selamat mencuba.