Alhamdulillah sempat jua share Ayam Masak Kurma petang ni....santapan makan malam Ida sekeluarga.  Unik tau guna daun pandan....sedap.  Saja-saja cuba sebab daun pandan di taman bandar kami dah makin membiak.  Seronok rasanya ada daun pandan sendiri.  Fresh gitu campur kat masakan.  Alhamdulillah jika berbudi kepada tanah.  Sebenarnya syukur suami yang begitu rajin, sungguhpun hanya bertanam di dalam pasu.  


Setiap masakan yang dimasak ada resipi tersendiri, terpulang pada diri sendiri yang mengolahnya jika dirasakan sesuai dengan selera.  So jom kita layan resipi Ayam Masak Kurma terlajak sedap ni ...

Ayam Masak Kurma Daun Pandan, ubi kentang, resepi ayam sedap dan simple, Malaysia and Indonesia Food.

Resipi Ayam Masak Kurma Daun Pandan

Bahan-bahan:

🔸️  500 gram daging ayam - saiz potongan terpulang nak besar atau kecil
🔸️  3 biji kentang - belah 4
🔸️  3 sudu makan rempah kurma - bancuh dengan air dan jadikan paste
🔸️  2 biji buah pelaga
🔸️  1 batang kulit kayu manis
🔸️  2 biji bunga cengkih
🔸️  2 kuntum bunga lawang 
🔸️  3 sudu makan minyak masak
🔸️  Garam / gula / perasa pilihan
🔸️  1 batang serai
🔸️  2 helai daun pandan
🔸️  1 biji limau nipis

Bahan tumbuk halus / kisar :
🔸️  3 biji bawang merah
🔸️  2 ulas bawang putih
🔸️  2 cm halia

Cara-caranya :

1.  Panaskan minyak. Masukkan 4 sekawan (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang).

2.  Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.

3.  Masukkan rempah kurma, dan gaul menggunakan api perlahan sehingga menerbitkan sedikit minyak.

4.  Kemudian masukkan ayam bersama kentang. Gaul seketika sehingga sebati.  Masukkan lagi daun pandan dan serai.  Gaul lagi sehingga agak kering iaitu rempah sudah betul-betul menyaluti keseluruhan ayam, tambahkan air dan masak hingga empuk.

5.  Biarkan sehingga kuah agak pekat.  Masukkan garam / gula / perasa pilihan.

6.  Perlahankan api supaya terbit minyak.

7.  Sebelum kurma ayam diangkat, perahkan jus limau nipis  ke atasnya

Selamat mencuba....🌷🌷🌷🌷🌷