Bahan-bahan:
5 biji ubi kentang
5 biji bawang merah, dihiris nipis
100 gram ayam kisar
Daun sup, dipotong kecil
Daun bawang, dipotong kecil
1/2 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh lada sulah ...jika suka
1 kiub ayam....jika suka
1 sudu teh garam
Tauhu...ikut suka hati nak banyak mana
2 biji telur, dipukul
Minyak masak
Bahan hiasan :
Cili merah - Hiris kecil
Daun bawang - Hiris kecil
Cara Membuatnya:
1. Buang kulit ubi kentang dan potong menjadi empat bahagian.
2. Kemudian rebus kentang sehingga empuk. Sejukkan dan lenyek ubi sehingga lumat.
3. Ambil kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih dan ayam cincang sampai naik bau. Tutup api.
4. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk ubi kentang iaitu: bawang merah dan ayam kisar yang digoreng tadi, daun sup serta daun bawang. Masukkan juga lada sulah, lada hitam, kiub ayam dan garam. Gaul sehingga adunan sebati.
6. Tauhu digunting x dan isikan dalamnya inti kentang mix tadi.
7. Panaskan minyak. Salut/celup begedil dengan telur dan goreng sehingga kekuningan. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba
0 Comments