Assalamualaikum dan salam sejahtera korang....!!!


Ni punya lauk kemarin, daging masak kicap yang simple.  Guna je apa yang ada di dapur, janji dagingnya ada.  Ida buat simple-simple je janji suami dan anak-anak suka 😘

Daging Masak Kicap Simple 


Bahan-bahan 

500gm Daging batang pinang - hiris tipis dan kecil
2 biji bawang merah besar - tumbuk/kisar
3 ulas bawang putih - tumbuk/kisar
2 biji tomato - kerat (ikut suka)
1 inci halia - ketuk
1 batang serai - ketuk
2 biji buah keras - ketuk
1 sudu kecil Jintan manis
3 ketul setiap jenis 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
Kicap pekat - secukupnya
Kicap cair - secukupnya
3 sudu sos cili
2 sudu makan minyak masak
Garam
Ajinomoto

Cara-caranya:

1. Bersihkan daging dan toskan.

2. Panaskan minyak, masukkan 4 sekawan dahulu dan diikuti bawang merah, bawang putih.  Tumis hingga baunya naik.  

3.  Masukkan halia dan serai serta kedua-dua jenis kicap.  Gaul rata.  Tambahkan sedikit air, gaul lagi.

4.  Kemudian masukkan daging tadi.  Masukkan jintan manis, garam, ajinomoto dan buah keras.  Gaul hingga rata dan mesra giteww.

5.  Gaul hingga agak pekat sedikit, tambahkan air banyak hingga daging tadi ditenggelami air.  

6.  Reneh sehingga daging empuk dan airnya semakin berkurang dan memekat.  Akhir sekali masukkan sos cili dan buah tomato.  Sehingga kuahnya pekat dan padamkan api.....tutup gaslah tu 😅😅

....biasanya daging ni lagi lama masak, lagi sedap kerana isi dagingnya bertambah empuk...
 
Selamat mencuba !!! 😘😘