Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Ida,
Actually Ida nak share satu resipi bagi Ida sangat bermakna. First resipi from my husband. Masa tu masih bercintalah katakan. Terus terang Ida katakan, memang tak pernah dan tahu masak sayur sawi yang sedap. Event pergi makan kat restaurant ke, pasar malam ke, atau mana-mana jerlah memang tak pernah ambil sawi. Selalu lebih suka sayur terung bakar bersambal. Emmmm nampak tak, macam tak sedap je sawi ni. Masa tu masih belajar kat kolej lagi, husband ajak Ida dan kawan ke rumah unclenya, rupanya dia masaklah pula sawi ni. Memang sedap...bagi Ida lah. Ida tahu setiap orang lain selera, lain citarasa. So no komenlah. Mungkin resipi ni biasa-biasa jer, tapi bagi Ida tak biasa sebab mungkin ada orang lain tak tahu...macam Ida dulu.
Jadi jom kita lihat resipinya.
Bahan-bahan dan penyediaan bahan:
~ 4 batang sawi ~ Potong ikut suka, pendek ke panjang ke ok jua
~ 1/2 batang lobak merah ~ Hiris tipis
~ 1/2 biji cili merah besar/segar....tak ada pun tak apa ~ Hiris tipis
~ 1 biji bawang merah kecil ~ Hiris/ potong kiub
~ 1 ulas bawang putih ~ Hiris/ potong kiub
~ 2 @ 3 cawan air
~ 1 biji telur
~ 1 kiub ayam maggi @ knorr
~ 1 sudu teh garam
~ 1 sudu makan minyak masak
Cara-cara memasaknya :
1. Panaskan minyak. Selepas tu, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau wangi bawang atau kegaringan...bukan hangus yerr.
2. Selepas itu, masukkan pula cili merah segar bersama lobak, tumis sekejap atau dalam 3 minit. Kemudian, masukkan pula sayur sawi bersama air dan gaul sebati.
3. Seterusnya, setelah sebati masukkan pula kiub ayam dan garam.
4. Gaul kesemuanya, last sekali masukkan telur. Gaul sehingga telur hancur dan masak. Bolehlah tutup api. Jika suka kuning telurnya tidak hancur boleh juga...jangan terlalu gaullah setelah masukkan telur tersebut. Cuma pastikan telur dah masak barulah tutup api.
5. Boleh hidangkan, sedap dimakan ketika panas-panas, banjirkan nasi dengan kuahnya memang sedap.
**** Resipi ni jua sangat sesuai uintuk kanak-kanak,
0 Comments