Hari ni dah janji dengan en asben nak buat keropok lekor.  Selalu je buat, tapi kali ni berhajat nak rakam sikit, so Alhamdulillah dipermudahkan.  Ok nak cerita sikit info keropok lekor ni.  Kebiasaannya ia diperbuat daripada ikan Selayang.  Tetapi ikan lain boleh juga dijadikan keropok lekor seperti ikan tamban or sardin.  O ya kalau di Sabah ikan Selayang ni dipanggil ikan Basung,  so jangan keliru ye.  Hasil daripada yang Ida buat mengikut resepi ni bagi Ida dah cukup memuaskan, korang boleh jer cuba.  Jika ikut step by step InsyaAllah jadi.  So jom tengok resepinya

vLog cara buat keropok Lekor ikan Selayang Step By Step
(Pst, kawan-kawan support & subcribe YouTube Channel Ida ye, banyak lagi resepi Ida akan share)

Keropok Lekor Ikan Selayang Homemade

Bahan-bahan:
  • 20  ekor ikan selayang
  • 3 cawan tepung ubi - gunakan cawan 220 ml
  • 4 sudu makan tepung gandum - tidak membumbung
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh ajinomoto
  • 1 sudu teh soda bikarbonat (biasanya botol biru)
  • Air sejuk

Cara Penyediaannya:

1.  Bersihkan ikan selayang, dengan cara membuang semua isi dalam perutnya.  Membuang tulang dan kepalanya.  Ambil isi je.

2.  Setelah itu, mengikut saiz blender saya, saya bahagikan kepada 2 portion iaitu kisar 2 kali.  Setiap kisaran saya tambah dengan 1/2 cawan air sejuk dan kisar sehingga hancur.

3.  Selepas kisar, alihkan kedalam bekas yang besar sedikit supaya lebih selesa ketika proses menguli.

4.  Didalam bekas, campurkan tepung ubi lebih kurang 2 cawan (baki 1 cawan tepung ubi simpan tepi untuk guna masa menguli dan untuk tabur tempat menggentel) tepung gandum, soda bikarbonat, ajinomoto dan garam.  Uli sebati sehingga menjadi doh.  Ketika proses menguli, boleh tambah tepung ubi sedikit demi sedikit jika kurang.  

5.  Jika sudah menjadi doh, ambil sedikit doh dan bentukkan iaitu gentel memanjang.....kalau boleh gentelan tu serupa macam bentuk keropok lekor Terengganu tu 😀.  Baru ada feel nak makan.  Diatas papan mengentel, ada baiknya bubuh sedikit tepung ubi.  Tangan pun kena juga letak tepung ubi.

6.  Kemudian rebus didalam air yang sudah mendidih.  Bila dah timbul boleh angkat dan toskan.

8.  Tunggu sejuk sebentar kemudian bolehlah goreng dan dihidang untuk minum petang 


9.  Jika nak buat frozen, selepas rebus, tos dan sejukkan, masukkan ke dalam tupperware atau seal dalam plastik.  Hanya defrost dan kemudian boleh goreng.


Ok siap, separuh goreng dan separuh lagi frozenkan.  

Selamat mencuba... 💪💪