Bahan-bahannya:
- 600 gm nasi sejuk / 5 cawan, dileraikan
- 120 gm mix vege
- 200 gm @ 1 keping dada ayam - dipotong dadu
- 100 gm @ 14 ekor udang saiz sederhana - dibersihkan, buang kulit
- 1 kiub pati ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 4 biji bawang merah - ditumbuk
- 3 ulas bawang putih -ditumbuk
- 2 biji telur
- Sedikit kicap cair / masin
- 1/2 camca teh minyak bijan
- Minyak untuk menumis
- Sedikit bawang goreng untuk aroma wangi sambil menjadi penyeri hiasan nasi goreng
Cara Memasaknya:
1. Panaskan sedikit minyak didalam kuali (anggaran 4 sudu makan), tumis bawang merah dan putih hingga keluar aroma wangi bawang.
2. Masukkan ayam dan udang. Tumis sehingga masak. Macam mana nak tahu dah masak ke belum? Jika udang dah bertukar ke warna oren cerah dan ayam pun dah sedikit kembang, dah masaklah tu. Agak-agaklah 5 minit gaul gitu. Jangan tinggalkan takut hangus dan pastikan api sederhana je.
3. Selepas itu tambahkan mix vege dan kiub pati ayam. Gaul rata dan kiub pati ayam dah tak berketul.
4. Masukkan nasi, kicap cair dan minyak bijan, . Kacau rata, guna api besar.
5. Selepas tu, tolak nasi ke tepi kuali, kecilkan api dan masukkan telur. Biar sekejap hingga telur kental. Kemudian, gaul rata dengan nasi.
6. Rasa dan jika kurang masin, tambah sedikit kicap cair lagi. Gaul sekejap dan boleh matikan api.
7. Taburkan bawang goreng ketika hidang. Hidangkan panas-panas. Kalau Ida, masak awal sikit tak apa, pastu bila waktu nak makan panaskan semula. So, sama je terms dia, hidangkan panas-panas 😂.
Selamat mencuba
0 Comments