Sememangnya sayur kacang panjang sedap sangat jika di sapakkan (bahasa belah asben di Labuan) atau dicampur dengan sedikit udang kering yang telah ditumbuk halus. Selain udang kering, hati ayam goreng pun sangat sedap jika dicampur dalam masakan sayur kacang panjang. Apa pun aroma dan rasa yang penting tu, tak perlu lagi pakai kiub ayam bagai. Didalam resepi ni juga, Ida campurkan dengan sesudu sambal lada sebaguna jadi tidak perlu lagi pakai cili api. Pedas sedikit ja supaya dapatlah anak-anak makan. Tak ada rasa pedas, tak syok pula kan 😀
Kacang Panjang Tumis Udang Kering
Bahan-bahan:
Cara Memasaknya:
Segala kuantiti dalam resepi Ida adalah mengikut keperluan dan saiz keluarga Ida. Jadi jika keluarga besar jangan segan silu untuk gandakan kuantitinya. Jom tengok resepinya
Kacang Panjang Tumis Udang Kering
Bahan-bahan:
- 15 batang kacang panjang
- 2 sudu makan udang kering direndam sekejap kemudian tumbuk halus
- 1/2 biji bawang holland - dimayang
- 2 biji bawang merah - dihiris tipis
- 2 biji bawang putih - dihiris tipis
- 1 batang lobak - dipotong tipis
- 1 sudu makan sambal lada sebaguna
- Garam & Ajinomoto
- Minyak untuk menumis
Cara Memasaknya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dalam 3 sudu makan. Kemudian tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau wangi.
2. Selepas itu, masukkan udang kering. Gaul hingga udang kering agak garing sedikit.
3. Kemudian masukkan masukkan sambal lada serbaguna. Gaul sebati.
4. Masukkan kacang panjang, lobak, bawang holland, garam dan ajinomoto. Gaul sebati kesemuanya. Gaul dalam beberapa minit, kemudian boleh matikan api.
5. Boleh hidangkan.
Selamat mencuba
0 Comments