Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Sementara anak-anak masih tidur, jeng-jeng-jeng Ida terasa nak post resipi Apam Gula Hangus ni, dah berhabuk gambarnya dalam PC ni, lama dah buat, ambil gambar tapi resipi tak share-share lagi.....kang lepas post bolehlah delete gambar kat PC ni. Clearkan 1 gambar pagi ni.😃
Ok nak cerita sikit, sebenarnya resipi ni kalau Ida tak silap Ida rujuk daripada Blog kak Azie....Azie Kitchen. Lama dah tak silap tahun 2017. Ha hari ni baru nak share 😅. Saja habaq, sebenarnya dulu pernah share, tapi masa tu blog Ida ni kacau bilau, so kebanyakkan post hilang, gambar hilang...punca utamanya Ida suka tukar-tukar setting pada blog, termasuklah tukar nama blog. Jadi tak heranlah SEO pun kucar kacir 😇. Tak apa, itu semua pengajaran buat Ida, yang penting blog ini masih boleh diteruskan untuk anak-anak Ida kelak.
Oklah, jangan haru pula. Jom tengok resipinya, mana tau next time Ida nak buat share lagi sekali gambar step by step kan. 😊...Amiinnn
Bahan bahan:
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu makan susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum
Cara-caranya:
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air panas dan disejukkan. Lepas masukkan air panas, dia memang akan berketul, terus gaul untuk carikan ketulan gula tu.
2. Didalam mixer masukkan telur, susu, minyak dan marjerin/butter, mix anggaran 3 minit.
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi.
4. Akhir sekali masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan mix lagi sehingga sebati.
5. Panaskan kukusan bersama acuan seriayu atau acuan lompong terlebih dahulu dalam 5 minit....acuan tu sapu minyak dulu tau dan kemudian panaskan bersama.
6. Kemudian, lepas 5 minit, sudukan adunan ke dalam setiap acuan....jangan penuh sangat, agak-agak 3/4 atau 1/2 sahaja. Tutup dan kukus selama 10 ke 15 minit. Kukus apam dengan api sederhana. Kalau api besar akan menyebabkan apam merekah.
7. Selepas siap kukus dan agak-agak apam sudah sejuk simpan didalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembutannya.
Tips tambahan, selain menggunakan api sederhana semasa mengukus,
~ Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya.
~ Balut penutup kukusan dengan kain/lagi cantik ialah kain lampin budak...pastikan kain yang baru yer..... untuk mengelakkan air menitis ke dalam adunan apam ketika mengukus.
~ Boleh juga kukus didalam loyang bersaiz 7 inci bulat atau segiemapat yang telah disapu dengan sedikit minyak. Kukus selama 45 minit.
🌷🌷 semoga berjaya, sebabnya Ida tak banyak gambar. Harap boleh faham dengan penerangan detail Ida ye,

0 Comments