Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ini dia resipi kek pisang moist yang Ida nak share sebenarnya sewaktu nak ke Tanjung Tuan itu. Oh ya kita lari tajuk sikit ye, jika nak tau lebih lanjut mengenai pantai Blue Lagoon atau Tanjung Tuan boleh jer klik sini. Uniknya Ida tak guna blender atau mixer pun untuk membuatnya. Guna jer mixer tangan tu. kerja keras sikit 😅.
Potong segiempat tu loyang 10 inch dan potong tipis adalah loyang 8 inch |
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
**ayak semua dan satukan**
1 cawan minyak masak atau minyak jagung
1 cawan gula
3 biji telur
** kocak hingga kembang**
~ Ida nak bagi tips ni, pukul dulu gula dan telur, lepas dah hancur dan kembang barulah masukkan minyak dan pukul lagi ye.
5 biji pisang berangan ~ lecek,,,ida guna belakang cawan
Cara penyediannya
1. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah di goncang/kocak ke dalam bekas tepung tadi.
1. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah di goncang/kocak ke dalam bekas tepung tadi.
3. Campurkan pisang yang sudah di lecek tadi dan kaup balik lagi.
4. Alaskan loyang dengan kertas minyak,pakai loyang petak saiz 8 inci...ketebalan lebih kurang 2 inci. Jika nak tipis dan potong secara segiempat boleh guna loyang saiz 10 inci dengan ketebalah lebih kurang 1 inci.
5. Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1 jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi...kalau lidi bersih tanda kek dah masak.
4-. Bila sudah sejuk barulah potong dan sedia dihidangkan… ☺️
Baru Ida perasan, nampaknya gambar ada yang kurang emmm....tu je yang sempat snap
Ok selamat mencuba 😊
Ok selamat mencuba 😊
0 Comments